Ular tedung gigit budak! Budak gigit ular tedung! Siapa yang mati? Ular yang mati! Tidak beracun!

Published by
KitaReporters

Deepak - Kredit foto: The India Express.


SEKOR ular tedung mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun. Beliau yang dikenali sebagai Deepak dikatakan sedang bermain  di halaman rumahnya ketika itu.

Memetik laporan Mirror.Co.UK, ular itu dipercayai telah telah menyerang kanak-kanak itu serta melilit lengan dan menggigit kulitnya.

Mangsa cuba meleraikan lilitan (pada lengan) reptilia berbisa itu. Namun tindakannya (Deepak) tidak berhasil dan kemudiannya dia terus menggigit (ular) dengan sekuat hati sehingga ular itu mati. 

Kejadian berlaku di sebuah kampung Pandarpadh yang terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, India pada 31 Oktober 2022 (Isnin).


Lagi cerita-cerita ngeri berkaitan ular-ular tedung

Kredit foto: Free Press Journal


Ekoran insiden itu, ibu bapa budak lelaki itu segera membawa anak mereka ke sebuah pusat perubatan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, doktor mendapati bahawa gigitan dari ular tedung tersebut tidak mengeluarkan sebarang racun (neurotoksin).

“Budak itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan sebaliknya sembuh dengan cepat kerana gigitan daripada ular berbisa itu tidak mengeluarkan racun,” kata pakar (perubatan) kepada The New Indian Express.

Tambah pakar itu lagi, gigitan kering (tanpa bisa) lazimnya diberikan oleh ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh ke atas penyebaran racun dari kelenjar mereka (melalui taring berliang).


Gambar hiasan... Seekor ular tedung menyerang seorang kanak-kanak India yang sedang bermain di halaman rumahnya. - Kredit foto: Getty Images


Ular berbisa biasanya menggunakan racun untuk membunuh mangsanya sama ada manusia atau haiwan-haiwan lain yang dianggap mengancam keselamatan mereka.

Daerah Jashpur terkenal dengan kawasan ‘panas’ atau sarang habitat lebih 200 spesies ular yang hidup di kawasan tersebut.

Pada 2019, satu laporan kajian diterbitkan di India mendapati bahawa 51,000 daripada 63,000 rakyat India mati akibat dipatuk ular.

Lebih menakutkan tentang data tersebut, secara purata empat kematian akibat dipatuk ular direkodkan berlaku bagi setiap 100,000 orang dan ianya jauh lebih tinggi daripada purata global 0.8.

Selanjutnya, 90 peratus gigitan ular datang daripada empat spesies iaitu The Krait, Russell’s Viper, The Sawscaled Viper dan The Indian Cobra.

Walaupun 63,000 kes dipatuk ular dikategorikan banyak, ia sebenarnya menunjukkan banyak penurunan iaitu 36 peratus daripada jumlah kematian pada tahun 1990.

Namun begitu, para penyelidik meramalkan bahawa jumlah kematian dijangka akan melebihi 68,000 pada tahun 2050, disebabkan oleh peningkatan populasi manusia di India. - KitaReporters


Gambar hiasan... Daerah Jashpur, India dikatakan kawasan yang dipenuhi lebih 200 spesies ular yang merbahaya kepada kehidupan manusia . -  Kredit foto; Getty Images


Sumber:

https://www.mirror.co.uk/news/world-news/venomous-cobra-dies-after-being-28411063

24
14
0
14
0

Copy Link: