KELIRU.. Siapa yang menumbuk bola sehingga masuk ke pintu gol pasukan England. - Kredit foto: Getty Images.


BOLA yang digunakan oleh legenda bola sepak Argentina, mendiang Diego Maradona untuk menjaringkan gol pertamanya ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 bakal dilelong pada bulan November 2022 dengan anggaran harga RM13.28 juta hingga RM15.9 juta.

Memetik The Guardian, bola yang digelar Hand of God (Tangan Ajaib) kerana terkena kepala dan tangan itu bakal dilelong oleh Graham Budd Auctions pada 16 November 2022.

Pengadil perlawanan, Ali Nasser dari Tunisia pada ketika itu (1986) yang juga pemilik kepada bola berkenaan berkata bahawa sudah tiba masanya untuk berkongsikan bola itu kepada dunia dan dia berharap agar mendapat seorang pembeli yang tulen akan mempamerkannya kepada umum nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Diego Maradona

Inikah yang dikatakan Gol Hand of God (Gol Tangan Ajaib) yang dilakukan oleh Maradona sehingga melepasi penjaga gol Peter Shilton dan akhirnya memperolehi gol pertama buat pasukan Argentina. - Kredit foto: Getty Images.


Mengimbas kembali, Ali berkata dia gagal mengesan aksi Maradona ketika menanduk bola yang terkena tangannya lalu masuk ke gawang lawan (England) dan sekali gus memberikan gol kemenangan kepada pasukan Argentina.

“Saya tidak dapat melihat situasi pada ketika itu dengan jelas. Dua pemain, Shilton dan Maradona menghadap saya dari belakang,” katanya.

Mengikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum kejohanan, dia (pengadil)  telah meminta pengesahan daripada pembantu garisan sebelum membuat keputusan bahawa ia (tandukan Maradona) adalah gol.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih England pada ketika itu, Bobby Robson berkata bahawa penjaga garisan tidak menjalankan tugas dengan baik serta bertanggungjawab.

Difahamkan, gol yang dijaringkan Maradona itu dipercayai terkena sedikit kepala dan tangan beliau seolah-olah seperti menumbuk masuk ke pintu gol England.



Justeru tindakan bintang Argentina tersebut (menumbuk bola) akhirnya melepasi penjaga gol Peter Shilton pada ketika itu untuk membuka jaringan pertama pada minit ke-51 pada suku akhir di Estadio Azteca, Mexico City.

Dalam perlawanan tersebut, ia berkesudahan dengan Argentina layak ke separuh akhir setelah menewaskan England dengan perbezaan jaringan gol 2-1.

Walaupun jaringan gol pertama Maradona itu menimbulkan kontroversi serta kemarahan kalangan peminat bola sepak dunia, namun pengadil tetap membuat keputusan yang sah dan muktamad.

Terdahulu, Diego Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat serangan jantung dan bajunya telah dilelong pada Mei 2022 dengan harga mencecah RM37.7 juta. - KitaReporters


Jersi Maradona pada Piala Dunia 1986 yang telah dilelong. - Kredit foto: Tristan Fewings/Getty Images  


Sumber:

The Guardian

https://siakapkeli.my/2022/10/14/bakal-dilelong-harga-bola-ikonik-hand-of-god-diego-maradona-dianggar-cecah-hingga-rm15-juta/

13
9
0
10
0

Copy Link: