Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah. - Kredit foto: FB House Of Pahang


KONOTASI 'Raja dan rakyat berpisah tiada' umumnya  sudah sinonim antara Kesultanan Melayu Pahang dan rakyat jelata negeri ini yang kerap dilaporkan oleh  pelbagai media tempatan dan antarabangsa. 

Di Pahang, kerabat diraja kerap 'turun padang' berangkat menziarahi penduduk yang ditimpa musibah seperti banjir, kebakaran, lemas di air dan beberapa peristiwa lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Al-Sultan Abdullah:

https://kitareporters.com/search?search=al-sultan+abdullah


Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) sedang beramah mesra sambil menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah Temerloh pada 13 Januari 2021 lalu. - Kredit foto: FB House Of Pahang 


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  yang kini bersemayam di singgahsana Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat disayangi rakyat Pahang apabila pasangan itu sangat mengambil berat dan endah hal kebajikan semua pihak di negeri ini.   

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kerap turun padang berjumpa dan menyantuni rakyat negeri ini sepanjang masa. 

Terbaharu, selepas kejadian banjir besar pada Januari 2021, pasangan diraja itu mencemar duli melawat banyak tempat di Pahang serta menyantuni mangsa banjir dengan menyampaikan sumbangan.


Tunku Azizah Aminah Maimunah juga turut mengiringi Al-Sultan Abdullah memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah Temeroh pada 13 Januari 2021 baru-baru ini. - Kredit foto: FB House Of Pahang 


Rakyat sentiasa menunggu. Kelibat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah berada, rakyat teruja dan menjunjung kasih sikap beramah mesra, murah hati serta keikhlasan pasangan itu dizahirkan apabila memberikan sumbangan tanpa mengira kaum.     

Terbaharu, konotasi 'Raja dan rakyat berpisah tiada' telah dizahirkan apabila anakanda Al-Sultan Abdullah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Felda Jengka Lapan, Maran pada 8 Februari 2021


Terima kasih kerana hulur bantuan! Rumah warga emas terbakar! Cucu didakwa main pemetik api?


Kredit foto: FB House Of Pahang 


Menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook 'House Of Pahang' pada 8 Februari 2021 menceritakan Pemangku Raja Pahang itu berangkat menyantuni mangka kebakaran di Felda Jengka Lapan, Maran. 

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menziarahi seorang warga emas, Shaari Ahmad, 80-an, serta keluarganya selepas mereka tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian kebakaran pada 4 Februari 2021 lalu yang turut memusnahkan kediaman peneroka tersebut.  


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (duduk, tengah) menyantuni mangsa kebakaran, Shaari Ahmad (depan, kiri) ketika berziarah dan menyampaikan sumbangan di Felda Jengka Lapan, Maran pada 8 Februari 2021. - Kredit foto: FB Nazri Ngah.


Semasa lawatan itu, Tengku Hassanal turut mendengar persembahan taklimat mengenai kejadian kebakaran dan kemudiannya menyantuni warga emas berkenaan bersama keluarganya sambil bertanyakan khabar serta  mengurniakan sumbangan.


NAZRI NGAH


 

Kredit foto: FB Dato Haji Nazri Ngah


Sementara itu, menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook 'Dato Haji Nazri Ngah' yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu menyebut, Pemangku Raja Pahang itu turut melihat kesan kebakaran kediaman mangsa dan juga beramah mesra dengan penduduk serta menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak.   


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (depan, kanan) turut melawat kesan kediaman yang hangus dalam kejadian kebakaran di Felda Jengka Lapan, Maran pada 4 Februari 2021. - Kredit foto: FB Nazri Ngah   


"Saya bagi pihak kerajaan negeri, pemimpin setempat dan penduduk Felda Jengka Lapan bersyukur serta menjunjung kasih atas keberangkatan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekali gus dapat memberikan keceriaan mangsa berkenaan.

"Semoga Allah permudahkan urusan keluarga mangsa untuk menjalani kehidupan seterusnya dan sabar menempuh ujian Allah," titipan Nazri Ngah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar dalam laman sosial tersebut pada 8 Februari 2021. 


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (dua dari kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak ketika melawat mangsa kebakaran di Felda Jengka Lapan, Maran pada 8 Februari 2021. - Kredit foto: FB Hous Of Pahang    


 Dalam pada itu, Shaari berkata, dia dan keluarganya berasa terkejut apabila diberitahu mengenai keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal melawat ke situ (Felda Jengka Lapan) untuk menziarahi mereka.     

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) berbual dan bertanyakan khabar dan mendengar cerita mengenai kejadian kebakaran daripada seorang warga emas, Shaari Ahmad di Felda Jengka Lapan, Maran. - Kredit foto: FB Dato Haji Nazri Ngah  


"Saya bersyukur dan berasa terharu apabila beliau (Tengku Hassanal) datang berbual bertanyakan khabar sambil meminta saya bersabar menempuh musibah ini serta berharap keadaan kembali pulih.

"Pertemuan dengan Pemangku Raja ini, tetap saya akan ingati dan menjunjung kasih kepada beliau yang datang berziarah serta memberikan sumbangan untuk kami sekeluarga," ujarnya.


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (depan, dua dari kanan) bermotosikal bersama penduduk ketika melawat mangsa banjir di kawasan Chini pada 13 Januari 2021. - Kredit foto: FB House Of Pahang

2
0
0
0
0

Copy Link: