KECEWA dan tertekan adakalanya membuatkan seseorang hilang pertimbangan sewajarnya sehingga mengambil tindakan luar kawalan atau tidak dijangkakan.

Begitulah berlaku ke atas seorang mahasiswi di Indonesia, Novia Widyasari Rahayu, 23, yang nekad membunuh diri dengan minum racun di pusara bapanya di Dusun Sugihan, Desa Jepun pada Khamis, 2 Disember 2021 lalu. 

Segalanya hanya kerana kekecewaan dan rasa tertekan setelah kekasih yang menodainya iaitu seorang anggota polis, Randy Bagus Hari Sasongko atau lebih dikenali sebagai RB enggan bertanggungjawab setelah penuntut Universiti Brawijaya, Malang ini hamil. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bunuh diri


 

Novia Widyasari Rahayu ditemui tidak bernyawa berhampiran pusara bapanya. - Kredit foto: Tribunnews.com


Lebih menyedihkan dan membuat mangsa terus tertekan, RB bukan sahaja tidak mahu berkahwin dengannya tetapi turut menyuruh Novia mengugurkan bayi dikandung itu. 

Kehidupan Novia yang telah kematian bapanya sejak empat bulan lalu akibat Covid-19, terus diselubungi kemurungan sehingga menghadapi gangguan jiwa.

Sebelum kejadian meragut nyawa itu, Novia terlebih dahulu dilihat oleh seorang penjaga tanah perkuburan dikenali sebagai Sugito menangis begitu lama di pusara bapanya.


RB bertugas sebagai pegawai rendah polis di Pasuruan, Jawa Timur. - Kredit foto : Tribunnews.com


Menurut Sugito, dia kemudiannya tidak mendengar lagi tangisan mangsa dan terkejut setelah mendapati mangsa terbujur kaku serta tidak lagi bernyawa. 

‘’Pada awalnya saya sangka dia (Novia) pengsan akibat terlalu sedih serta banyak menangis kerana kematian bapanya yang meninggal dunia empat bulan lalu.

‘’Namun saya begitu terkejut mendapati dirinya tidak lagi bernafas setelah menghampirinya dan di sebelahnya pula terdapat sebotol air teh yang dipercayai dicampur dengan racun,’’ katanya dipetik daripada laporan medcom.id pada Ahad 5 Disember 2021.

Sugit memberitahu, Novia telah datang ke tanah perkuburan berkenaan pada hari tersebut sebanyak dua kali sambil membawa satu botol iaitu pada waktu pagi dan sebelum kejadian ditemukan meninggal dunia. 



Bagaimanapun, niatnya untuk membunuh diri tidak menjadi kerana ketika itu ada beberapa orang di tanah perkuburan menyebabkan dia pulang.

Namun, Sugito berkata kira-kira pukul 2 petang, Novia sekali lagi ke tanah perkuburan tersebut dan dia tidak menjangka air teh dibawa Novia itu mengandungi racun.

‘’Awalnya, saya buat tidak kisah semasa saya mendengar dia menangis di pusara itu kerana saya fikir biasalah seorang anak akan merasa sedih dan menangis selepas kehilangan bapanya apatah lagi baru meninggal kerana Covid-19.

‘’Tetapi tidak disangka, rupa-rupanya dia menangis sekuat hatinya kerana dia mahu bunuh diri dan minum racun di pusara bapanya,’’ ujarnya lagi.


RB dan Novia telah menjalinkan hubangan cinta sejak tahun 2019. - Kredit foto: Merdeka.com


Sementara itu, Ketua Polis Mojokerto, AKP Anduru Rahutomo berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati wanita itu ada hubungan cinta dengan seorang pegawai rendah polis yang kini sedang bertugas di Balai Polis Pasuruan.

Menurutnya, RB telah berkasih dengan Novita sejak 2019 dan sepanjang menjalinkan hubungan cinta mangsa telah mengugurkan kandungan sebanyak dua kali akibat terlanjur. 

"Kali pertama, Novia mengugurkan kandungannya pada Mac 2020 dan kali kedua sekitar 0gos 2021 iaitu ketika bayi kandungannya berusia empat bulan.

‘’RB telah ditahan oleh polis dan kes disiasat berdasarkan Kode Etik Kepolisan pasal 7 dan 11 di bawah pasal Pidana 348 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) juncto pasal 55 KUHP dengan ancaman hukuman penjara lima tahun,’’ katanya.

Dalam pada itu, katanya, RB juga akan berdepan dengan tindakan ditamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam di bawah pasal Pemberhentian Tidak Dengan Hormat (PTDH).


RB ditahan p0lis untuk siasatan berkaitan Novia bunuh diri. - Kredit foto: Tribunnews.com



RB ditahan polis untuk siasatan dan akan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika bersabit dengan kematian Novia. - Kredit foto: Suara.com.


Kebanyakan netizen di Indonesia turut bersimpat dengan nasib Novia dan mendesak pihak pemerintah supaya menjatuhkan hukuman yang berat kepada RB kerana tidak bertanggungjawab atas segala perbuatannya hingga menyebabkan mangsa tertekan sehingga sanggup minum racun. 

‘’Itulah nasib wanita apabila terjadi sesuatu yang mengaibkan maka kaum wanita juga dipersalahkan manakala pihak lelaki langsung tidak mahu bertanggong jawab,’’ ujar mereka. - KitaReporters


12
12
2
11
2

Copy Link: