ANGGOTA polis sedang mengusung mayat Gugani Yasin untuk dibawa ke Hospital Setiu. - Kredit foto ; Media Sosial


SELEPAS kira-kira 24 jam mangsa dilaporkan hilang, mayat Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh, Setiu, Terengganu, Zugani Yasin, 51, yang dipercayai mati lemas ketika menangkap ikan bersama 14 rakannya berhampiran muara Sungai Setiu pada Jumaat 15 April 2022 lalu, telah ditemukan pada kira-kira pukul 12.22 pagi 17 April 2022.

Mayat mangsa ditemukan dalam satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian berdekatan dengan Kampung Mangkok, Setiu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan lemas

ALLAHYARHAM ZUGANI YASIN


Operasi tersebut telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Setiu, Angatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Setiu dan berpuluh-puluh warga tempatan selepas berita guru itu dilaporkan hilang.

Zugani yang tinggal di Kampung Bahgia, Setiu sebelum kejadian dikatakan bersama rakan-rakannya pada pukul 9 malam,15 April lalu itu berjalan kaki di dalam sungai untuk memasang pukat kerana ketika itu air sedang surut dengan ketinggian air di paras lutut.


MAYAT Zugani dibawa ke daratan selepas dijumpai kira-kira pukul 12.22 tengah malam dalam Operasi SAR. - Kredit foto: Media Sosial


Sebelum itu, mereka menaiki sebuah bot dari Kampung Fikri untuk pergi ke muara Sungai Setiu bagi menangkap ikan.

Bagaimanapun, akibat air sungai surut menyebabkan mereka merasa lebih seronok berjalan kaki sambil mengharungi air yang cetek dalam keadaan gelap untuk memasang pukat. 



Seorang rakan mangsa, Khairul Azri Abdullah, 44, berkata ketika mereka sedang berjalan dalam cuaca yang gelap itu tiba-tiba mangsa bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam lubang air yang dalam dan sedang berpusar.

“Saya yang berada di belakang mangsa-mangsa terbabit semasa kejadian itu berlaku hanya sempat menyelamatkan tiga rakan saya yang berada berdekatan saya manakala mangsa (Zugani) agak jauh sedikit, saya tidak sempat menyelamatkannya.

“Dalam cuaca yang gelap itu, saya dan rakan-rakan hanya nampak Zugani tenggelam dan tangannya terkapai-kapai di lokasi itu sebelum dia dibawa arus sungai,’’ katanya.

Menurutnya, dalam situasi cemas menyebabkan dia menjadi kelam kabut untuk menyelamatkan rakan-rakanya termasuk Zugani yang berada agak jauh sedikit dengannya.


 

Kredit foto: Media Sosial 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritenden Afandi Hussin berkata pihaknya menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada kira-kira 12.45 tengah malam pada hari kejadian.

Beliau berkata, serentak dengan itu, pihaknya telah menubuhkan Operasi SAR untuk mencari mangsa yang dipercayai hilang dibawa oleh arus sungai.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat. - KItaReporters


 

13
11
6
11
4

Copy Link: