Pintu masuk ke kawasan perkuburan Tok Paduka di Kangar dicat semula.

Kawasan perkuburan Tok Paduka yang berusia lebih 100 tahun.


TEMBOK pintu masuk dan paip kawasan tanah perkuburan Kampung Tok Paduka di Kangar, Perlis yang berusia lebih 100 tahun kini berwajah baharu.

Pengarah Subjek Khidmat Masyarakat III Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Pelajar Luar Kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia (UUM) Afizi Ahmad bersama ahli kumpulan dan beberapa waris telah membaiki dan mengindahkan kawasan perkuburan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan

Pengarah program subjek khidmat masyarakat, Afizi Ahmad.

Antara yang menjayakan program kemasyarakatan ini.

Anjing berkeliaran dalam kawasan perkuburan itu.


”Sebelum ini kami telah menyuarakan hasrat beberapa waris mengenai masalah anjing yang berkeliaran dan tembok pintu masuk serta pagar yang warnanya telah pudar.

"Namun dengan kesepakatan dan sumbangan daripada beberapa pihak kami telah berusaha untuk mencantikkannya dengan kemampuan kewangan dan tenaga yang terhad,” ujarnya lagi. 


Kerja baik pulih paip sedang dijalankan.
Proses menukar paip dan mencantikkan kawasan itu sedang dijalankan.

Dalam pada itu Hisham Ismail yang turut serta dalam program ini berterima kasih kepada beberapa penyumbang dan mereka yang ingin menjayakan projek kemasyarakatan yang diusahakan oleh mereka dalam  menepati kehendak subjek PJJ UUM sekaligus menceriakan ketibaan bulan Ramadan dan diikuti dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. 


Kerja-kerja untuk mencat semula tembok di kawasan perkuburan itu.

Tembok kelihatan cantik selepas dicat semula.

Turut serta dalam program ini ialah Afizi Ahmad, Hisham Ismail, Nur Sabrina Samsudin, Nor Hazirah Bahadun dan Nurul Husna Ahmad.

Moga kerja kebajikan dan pemilihan pelajar PLK UUM yang mendapat kelulusan daripada penyarah mereka Prof Dr Hussin Abdullah untuk melaksanakan program ini memberi manfaat kepada semua. - KitaReporters


Hisham Ismail berterima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini.
Hisham Ismai (kiri) bersama rakan PJJ turut membantu membersihkan kawasan itu.

Pagar pintu masuk kelihatan cantik selepas dicat semula.

16
10
0
11
0

Copy Link: