Ingatkan hujan emas! Rupanya hujan ais! Warga terkejut! Berlaku ketika hujan lebat, angin kencang!
Published by
KitaReporters
--title--
Viral dalam media sosial, warga di Wilayah Aceh Tengah, Indonesia dikejutkan dengan keadan hujan air batu (atau ais) diiringi hujan lebat serta angin kencang, lapor TvOnenews pada 6 April 2026.

Fenomena hujan ketulan air batu itu terjadi selama dua minit dan amat mengejutkan para warga pada 4 April 2026 lalu di beberapa kawasan kerana sebelum ini kejadian seperti itu belum pernah terjadi di wilayah berkenaan.
Fenomena itu juga terjadi dipercayai berpunca akibat cuaca ekstrem serta kemarau panjang yang melanda di wilayah itu mengakibatkan pertumbuhan awan kumulonimbus yang biasa disertai hujan air batu yang lebat dan angin kencang walaupun dalam masa sekejap.

Kejadian itu hanya berlaku di wilayah dataran tinggi Aceh Tengah yang mempunyai suhu relatif yang lebih dingin berbanding daerah lain.
Meskipun pelbagai andaian dalam kalangan warga Aceh Tengah berikutan fenomena yang terjadi secara tiba-tiba di kawasan terbabit, namun sehingga kini tiada kerugian besar dan kemalangan jiwa dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Hujan air batu yang turun di atap rumah saya berbunyi bising serta hujan lebat dan angin kencang dan pada awalnya saya menjangkakan dahan pokok berhampiran rumah patah menimpa ke atas atap.
" Tetapi selepas hujan berhenti, saya keluar dari rumah dan saya amat terkejut mendapati ketulan air batu berselerak di halaman kediaman saya,'' kata seorang warga di Aceh Tengah. - KitaReporters

21
13
0
11
0
