Tunggu jawapan! Perintah faraid dikeluarkan! Waris Sultan Zainal Abidin III rujuk kerajaan Terengganu!
Published byWaris Sultan Zainal Abidin III memohon Kerajaan Terengganu mempercepatkan proses maklum balas rasmi daripada kerajaan negeri itu susulan Perintah Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 4 Januari 2026 yang memperakukan waris sah berkaitan kes tanah pusaka diraja Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Terengganu pada 7 April 2026, Pemegang Amanah Tanah Cap Zuriat Sungai Mengkuang (CZSM), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata keputusan Mahkamah Syariah tersebut telah memperjelas kedudukan waris dan membuka ruang kepada langkah seterusnya mengikut proses undang-undang.“Perintah mahkamah ini memperjelas kedudukan waris dan membolehkan perkara ini bergerak ke fasa seterusnya selaras dengan undang-undang dan prinsip Syariah,” katanya.

Pada 4 Januari 2026, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu telah mengeluarkan Perintah Faraid (Penghakiman Tarekah) yang memperakukan waris-waris sah Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, putera kepada Sultan Terengganu ke-12, Sultan Zainal Abidin III.
Tengku Ibrahim berkata dalam kenyataan wakil guamannya, perintah tersebut memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu pada10 April 2023 sebagai prasyarat kepada langkah perundangan seterusnya.

Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah II (12 April 1866 – 25 November 1918) ialah Sultan Terengganu yang ke-11.
Baginda memerintah dari tahun 1881 hingga tahun 1918. Baginda ditabalkan selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Muhammad Muazzam Shah II.
Di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, negeri Terengganu bernaung di bawah pemerintahan British melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Pada tahun 1911, baginda mengeluarkan perlembagaan pertama di Terengganu.
Baginda kembali ke rahmatullah pada tahun 1918 dalam usia 52 tahun, selepas pemerintahan selama hampir 37 tahun. Baginda digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Muazzam Shah II.

Kenyataan yang dikeluarkan itu mencatatkan latar belakang kes CZSM yang melibatkan tanah pusaka diraja yang telah melalui perjalanan perundangan sejak tahun 1923 apabila tanah berkenaan diambil alih oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Tanah tersebut melibatkan keluasan kira-kira 13,500 ekar di daerah Kemaman dan kini telah melalui pembangunan serta sebahagiannya dijadikan kawasan penempatan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.Menurut kenyataan itulagi, waris-waris tidak menuntut pemulangan tanah asal tetapi mencadangkan pendekatan Istibdal (penggantian) selaras dengan prinsip undang-undang Syariah.
Tengku Ibrahim memaklumkan bahawa beberapa surat rasmi telah dikemukakan kepada Menteri Besar Terengganu pada 9 September 2024 dan 4 Februari 2026. - KitaReporters
