Dulu, kita membesar dalam dunia yang lebih “santai dan tenang". Walaupun kita tak bergantung pada teknologi moden hidup kita masih boleh  "survive” dengan  apa yang kita ada dan juga bertahan dengan apa yang kita lalui. Segala pengalaman ketika tu membentuk peribadi kita yang kuat dan positif. 



Masa tu cabaran memang ada, tapi kita masih ada ruang untuk bernafas . Kalau penat, kita ada cara kita untuk lepaskan penat dan stres. Kita ada cara tersendiri untuk lepaskan bebanan jiwa dan kepenatan mental dan fizikal. 

Hari ini, anak-anak kita hidup dalam dunia yang tak pernah berhenti. Bangun pagi, buka mata terus tengok telefon. Waktu makan dengan telefon. Malam sebelum tidur, mereka masih lagi scroll telefon tanpa henti. 

Hidup mereka bukan saja di dunia nyata, tapi juga di dunia maya dan di situlah sebenarnya mereka “berperang” setiap hari. Mereka penat sebab "melayan" dua dunia. 

Media sosial menjadikan hidup ini satu perlumbaan tanpa garisan penamat. Dalam media sosial, orang lain nampak lebih cantik, lebih berjaya, lebih kaya, lebih bahagia. 

Kalau dulu perbandingan hanya dalam kalangan rakan-rakan sahaja tapi sekarang dalam media sosial, perbandingan dan apa juga yang kita buat diketahui semua orang di dunia. 


Zaman media sosial 


Kalau dulu kita penat fizikal, Mereka sekarang penat emosi. Kalau dulu kita risau pasal cukup makan atau tidak. Hari ini mereka risau pasal cukup “nilai” di mata orang lain atau tidak. 

Mereka mencari dan mengejar "like", mereka kira berapa jumlah orang yang melihat apa yang mereka tulis dalam sosial media. Mereka suka menjadi influenser atau pempengaruh yang ramai pengikut.

Sebab itu, bila mereka kata penat, itu bukan alasan. Itu realiti yang kita tak nampak. Ramai orang kata, “budak sekarang lemah”.Tapi sebenarnya, mereka cuma letih menghadapi tekanan yang tak pernah wujud pada zaman kita. Tekanan untuk sentiasa nampak bahagia, nampak hebat. Tekanan untuk sentiasa ‘on’ dan tak pernah tidur dan  tekanan untuk tidak ketinggalan dalam apa juga trend dan menjadi viral.



Sebagai ibu bapa, kita mungkin datang dari zaman yang lebih keras. Kita kuat sebab kita “dipaksa” jadi kuat. 

Tapi anak-anak hari ini, mereka perlukan sesuatu yang berbeza, bukan tekanan, tapi pemahaman. Bukan perbandingan, tapi sokongan. 

Jangan kita ukur mereka dengan kayu ukur pada zaman kita. Mereka berbeza. 

Mungkin mereka tak sekeras kita dan semangat tak kental macam kita tapi mereka sedang bertahan dalam dunia yang sangat berbeza dari zaman kita dulu. 

Pemahaman kita sebagai ibu bapa sangat penting untuk memastikan mereka terus kuat menjalani hidup pada zaman yang serba mencabar yang kita sendiri tak faham. - KitaReporters



Anak-anak kita membesar dengan tekanan untuk “jadi sempurna”, walaupun mereka sendiri belum sempat kenal siapa diri mereka.

18
9
0
15
0

Copy Link: