Innalillah! Meninggal dunia dekat Kaabah! Ketika lakukan umrah bulan puasa! Akibat serangan jantung!

Published by
KitaReporters

Meninggal dunia di kota suci Mekah menjadi impian setiap umat Islam kerana percaya kematian sedemikian dianggap sebagai husnul khatimah. Apa lagi apabila kematian itu terjadi dekat Kaabah, Masjidil Haram.

Kematian husnul khatimah ini dialami seorang wanita Mesir bernama Heba Mustafa yang mati akibat serangan jantung pada Khamis, 30 Mac 2023. 

Menurut Saudi Gazette, perkongsian Abdelmoniem Elkhateeb dalam laman sosialnya mengenai kematian isterinya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Arab Saudi dan Mesir.

Abdelmoniem yang merupakan professor dan pakah bedah di Fakulti Perubatan, Universiti Asiut, Mesir.

Hasrat Heba Mustafa meninggal di Tanah Suci dimakbulkan

"Allah berhak mengambil apa yang Dia miliki dan semua apa yang Dia berikan. 

"Dengan hati yang penuh kesabaran sambil mengharapkan pahala-Nya dan dengan air mata yang berlinang, saya meratapi pemergian isteri, ibu kepada anak-anak, jodoh, peneman, buah hatiku, kebaikanku di dunia, senyumanku, rakanku, dan sahabatku.

“Saya bersaksi kepada Allah, dia adalah isteri yang solehah dan patuh, setia kepada keluarganya dan keluarga suaminya. Dia lurus dan menjalankan peranan sebagai ibu dengan sangat baik,” kata profesor itu dalam laman media sosialnya. 

Menurut profesor itu, isteri sempat tersenyum dan mengucap selamat tinggal kepadanya sebelum menghembus nafas terakhir. Tambah Abdelmoniem, Heba pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia di Makkah dan pemintaannya dikabulkan. - KitaReporters

PROF ABDELMONIEM ELKHATEEB

12
4
1
10
0

Copy Link: