Video| Malang bertimpa! Pulang dari Malaysia kerana dihentikan kerja! Bunuh isteri sebab curang!

Published by
KitaReporters

Tempat kejadian AAS cekik sampai mati isterinya, Dewi Permatasari. - Kredit foto: Serambi Batam.


Seorang lelaki yang baru pulang dari Malaysia kerana diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 dan tindakan PKP, menerima berita yang tidak menyenangkan. 

Isterinya yang ditinggalkan selama ini didapati berselingkuh (berzina) dan membawa pulang lelaki ke rumahnya serta sering memukul dua anaknya yang lelaki berusia 8 dan perempuan berusia 3 tahun


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

AAA menyerah diri kepada polis dan mengaku melakukan pembunuhan kerana cemburu. - Kredit foto: Tribun Batam.


Bagi memastikan berita itu benar, AAS, 36, bertanya dengan isterinya, Dewi Permatasari, 34, sebaik selesai melakukan hubungan intim. Nikmat berhubungan intim tercalar apabila berlaku pertengkaran mulut, malah si isteri mencakar badan si suami. 

Kerana marah yang membara, AAS mencekik kuat leher isterinya lalu menyebabkan wanita itu terkulai. Kerana panik, AAS terus menghilangkan diri.

Pertengkaran itu didengari beberapa anggota keluarga yang tinggal di rumah yang sama. Mereka membawa Dewi ke sebuah hospital, namun doktor mengesahkan nyawa wanita itu tidak dapat diselamat


Penduduk dan sanak-saudara menziarahi rumah mangsa bagi mengucap takziah kepada keluarga. - Kredit foto: Tribun Batam.


Selepas sedar akan kekhilafannya, AAA terus menyerah diri di Balai Polis Nongsa dan menyatakan sebab melakukan pembunuhan

Peristiwa ini terjadi di Kelurahan (Kampung) Kabil, Kecamatan (Mukim) Nongsa, Batam, Kepulauan Riau kira-kira jam 1 pagi 27 Mei 2021.

Menurut jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Nongsa, kes ini masih dalam siasatan dan suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut. - KitaReporters


1
1
0
0
0

Copy Link: