Pesawat yang membawa rombongan penikahan berlepas dari Madurai ke Bangalore. - Kredit foto: Indian Express.


RAKESH dan Dakshina yang merupakan daripada golongan berada membuat satu kelainan dalam mengadakan upacara perkahwinan mereka.

Pasangan ini dengan bantuan agensi perancang perkahwinan pada Ahad, 23 Mei 2021 lalu, mengadakan majlis perkahwinan itu di dalam sebuah pesawat yang dalam penerbangan. Majlis itu dihadiri 161 tetamu yang bersesakan di dalam pesawat

Menurut media Indian Express, pasangan dari Madurai, negeri  Tamil Nadu, India itu mengadakan majlis itu di dalam pesawat yang terbang, untuk mengelak peraturan  protokol kesihatan di India.

Sebuah pesawat jenis Boeing 737 milik Spiceair disewa khas untuk majlis itu.

Menurut seorang saksi, pasangan pengantin itu membuat janji ikrar perkahwinan mereka ketika pesawat terbang di ruang atas Kuil Madurai Meenakshi Amman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


Suasana berhimpit-himpit dalam pesawat ketika upacara akad nikah diadakan. - Kredit foto: Indian Express.

Tamil Nadu baru-baru ini menguatkan peraturan bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Negeri ini membenarkan majlis perkahwinan tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan tetamu tidak melebihi 50 orang.

Penerbangan ‘perkahwinan’ itu berlangsung selama dua jam, dari Madurai ke Bangalore.
Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa  Madurai pada jam 7 pagi waktu tempatan.

Video upacara pernikahan Rakesh dan Dakshina dari dalam pesawat pun muncul dalam sejumlah media sosial dan tular.

Dalam video tersebut, pasangan pengantin dan para tetamu tidak memakai pelitup muka. Kedua-dunya memakai pakaian padanan warna merah, kuning, dan krim.

Beberapa anggota keluarga berkerumun di belakang Rakesh dan Dakshina, bersesakan dan tanpa pelitup muka. Beberapa orang menaburkan bunga ke tubuh pengantin perempuan. Videografer mengabadikan suasana perkahwinan itu.

Sementara itu, tetamu lain terlihat duduk mengisi kerusi penumpang dengan sesak. 



Setelah video itu tersebar, Lembaga Penerbangan Awam India (DGCA) menjalankan siasatan.

Menurut jurucakap DGCA acara pernikahan yang diadakan itu dianggap sebagai melanggar norma-norma sekatan penularan Covid-19.

"Petugas penerbangan dan syarikat penerbangan telah diarahkan mengemukakan laporan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit melanggar protokol kesihatan.

Tindakan lebih keras akan diambil terhadap pasangan pengantin itu jika terbukti sebagai antara penganjur majlis itu,” kata pegawai kanan DGCA.

Sementara itu, menurut jurucakap SpiceJet, pihaknya menyedari jenis upacara yang bakal dijalankan di atas pesawat dan telah memberitahu perlunya mematuhi protokol kesihatan.

Difaham dalam masa terdekat pihak berkuasa negeri Tamil Nadu akan mengambil tindakan terhadap pasangan itu. Maka, bukan mustahil jika pengantin baharu itu akan menjalani percutian bulan madu di dalam penjara. - KitaReporters


Rakesh dan Dakshina melambai tangan selepas akad nikah selesai. - Kredit foto: Indian Express

0
0
0
0
0

Copy Link: