Sebahagian pelajar dan ibu bapa yang hadir pada majlis penyampaian sumbangan kit  barangan keperluan persekolahan.


SERAMAI 600 pelajar dari sebelas sekolah di Daerah Besut, Terengganu, yang terjejas dalam kejadian banjir besar melanda daerah itu pada pertengahan Disember 2022 lalu menerima kit bantuan barangan keperluan persekolahan melalui Misi Bantuan Banjir Ganu Eco Charity 3.0.

Presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih (MyCAS) yang juga pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Informatik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Noor Zaitun Yahaya berkata ia bagi meringankan beban pelajar terbabit.

Katanya, misi bantuan kebajikan itu digerakkan selepas melihat kesan bencana teruk yang menimpa mangsa di beberapa daerah di Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan Kembali Ke Sekolah


Sebahagian pelajar yang yang terlimat dalam kejadian banjir menerima kit bantuan keperluan persekolahan bergambar kenangan bersama Nawi Mohamad (tengah) dan pemimpin NGO

Menurutnya, program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering (SMKSN) Jertih itu merupakan program pengagihan siri ketiga selepas bantuan yang sama diadakan di daerah Dungun pada tahun 2022.

"Semua penerima sumbangan merupakan pelajar terpilih daripada 11 buah sekolah menengah dan rendah di daerah Besut,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Informatik UMT, Prof Ir Dr Mohammad Fadhli Ahmad pada satu majlis diadakan di SMK Seri Nering di Jertih pada Sabtu, 7 Januari 2023.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad dan Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya.


Tiga pelajar antara yang terlibat dalam kejadian banjir menerima kit keperluan persekolahan


Menurut beliau, program tersebut mendapat sokongan daripada Yayasan Hasanah serta beberapa NGO yang lain seperti Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita Malaysia (AJWA), Majlis Dewan Wanita Negeri Terengganu (MDWNT), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Selain itu katanya, turut mendapat perhatian Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) Terengganu, Pertubuhan IKRAM Negeri Terengganu, Kelab MUTIARA, UMT dan Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu. 

Tambahnya lagi,selain keperluan sekolah, sebanyak 300 pek bantuan berupa kit kebersihan dan barangan dapur turut diagihkan kepada keluarga mangsa terjejas banjir melibatkan dana keseluruhan berjumlah RM40,000. - KitaReporters


10
12
0
11
0

Copy Link: