Apabila sifat marah, dengki dan tamak menguasai diri, maka berlakulah perkara yang tidak sepatutnya sehingga mencemar kemuliaan agama Islam. 

Kejadian memalukan ini berlaku di negara jiran, Indonesia apabila berlaku pergaduhan sesama jemaah di masjid gara-gara berebut menjadi imam solat maghrib.

Memetik laporan daripada Kumparan.com, pergaduhan yang berlaku di Masjid Al-Muttaqun Desa Manisrenggo, Kota Kediri pada 13 Disember 2023 itu telah mengejutkan jemaah lain.



Pergaduhan ini bermula ketika ahli waris tanah wakaf masjid dan kumpulannya bertegas mahu menjadi imam solat maghrib. Sementara, takmir masjid dan penduduk setempat telah menyusun dan menyepakati imam pada solat tersebut.⁠ 

Menurutnya, ada tiga orang mengalami luka-luka akibat insiden tersebut. Ia mencetuskan ratusan penduduk datang ke rumah keluarga waris. Mereka menuntut akauntabiliti atas keganasan itu.

Mengenai persengketaan antara penduduk dan waris masjid wakaf, Pengerusi Tanfidziah NU, Mukim Manisrenggo, Saifudin menjelaskan, beberapa tahun lalu, Masjid Al-Muttaqun berdiri di atas tanah sumbangan keluarga Arman.

Lama-kelamaan, pertelingkahan berlaku antara keluarga waris dan penduduk setempat sehingga membawa kepada kes sivil di Mahkamah Pentadbiran Negeri (PTUN).


Tolak-menolak antara jemaah mula berlaku.


 “Penduduk mengakui, mengikut perjanjian ketika itu, pengurusan masjid dikosongkan sedangkan proses tuntutan mahkamah masih belum dikeluarkan. Bagaimanapun, waris berkeras untuk membentuk pengurusan dalaman sehingga penduduk kecewa dan tidak mahu mereka menjadi imam di masjid,” kata Saifudin.

Untuk makluman, perselisihan antara waris dan penduduk setempat berlaku apabila pentadbir masjid meninggal dunia. 

Waris mendakwa mereka sepatutnya menjadi pentadbir masjid, manakala ketua masyarakat menyerahkan penyelesaian pertikaian kepada Badan Wakaf Indonesia (BWI). - KitaReporters


15
11
0
8
0

Copy Link: