APA kena mengena seorang balu yang bernama Farah Diba dan Reza Pahlavi dengan serangan Amerika Syarikat (AS) dengan sekutunya, Israel ke atas Iran yang dikhuatiri ramai boleh menyebabkan Perang Dunia Ketiga (WW3).


 


Begitu tergamaknya AS membunuh dan mengebom membabi buta ke atas Iran dengan alasan negara itu mengancam sekutu terkuatnya di Asia Barat, Israel dan negara Amerika sendiri.

Perang itu membuatkan Presiden Donald Trump yang digelar sebagai pengganas antarabangsa dan teruk lagi, bila AS kerugian lebih AS$2 billion (RM8 billion) dalam tempoh beberapa hari sejak meletus pada 28 Februari 2026.

Sebenarnya perang ini "dihalalkan" untuk memenuhi janji atau impian dan ada udang di sebalik batu. 

Selepas lebih 47 tahun menunggu peluang, Farah Diba atau lebih tepat Permaisuri Farah Pahlavi  "mencipta" atau disebut oleh sesetengah pihak sebagai angan-angan Mat Jenin untuk kembali ke tanah air.

Apa juga cara untuk melantik anaknya kembali ke takhta kerajaan Pahlavi.

ini kerana masa sudah semakin suntuk bagi Farad Diba dan anaknya, Reza Pahlavi bila usia mereka kian lanjut dan peluang merampas kembali takhta itu lebih kepada mengembalikan kegemilangan pemerintahan terakhir suaminya, Muhammad Reza Pahlavi dari Dinasti Pahlavi.



Farah Diba yang masih mengekalkan gelaran Shahbanu atau Permaisuri @ Maharani Iran sampai sekarang, walaupun dia dan suaminya Raja Muhammad Shah Reza serta keluarga telah melarikan diri akibat Revolusi Islam 1979 yang menggulingkan kerajaan beraja di Iran. 

Farah Diba satu-satu menggunakan gelaran Shahbanu ketika menganggotai keluarga diraja itu pada 1959 sehingga monarki itu dihapuskan pada 1979.

Farah Diba, isteri ketiga, menjadi tunjang kepada anaknya untuk merebut takhta diraja itu mungkin sebagai janji kepada suaminya yang mangkat ketika bersembunyi di Mesir.

Dengan kekayaan AS$200j (RM900 juta) dan disokong sejak Presiden Ronald Reagan yang memberinya tempat di Washington dan Paris, Farah Diba mempunyai rangkaian pengaruh yang luar biasa.

Ketika berkuasa, Dinasti Pahlavi adalah keluarga diraja terkaya di dunia. Malah The Washington Post memetik sumber bisnes Yahoo  melaporkan kekayaan mereka ketika itu, sebelum 1979 dianggarkan bernilai $20B (RM90 billion). 

Mana tidaknya, Farah saja berbelanja berbilion-bilion dolar membeli lukisan termasuk karya Van Goh.



Farah Diba, 85, menyifatkan mereka sebagai "mangsa" ketika Revolusi Islam yang menghapuskan sistem pemerintahan beraja serta sekular dan selama menunggu itulah, anaknya Reza Pahlavi sudah mula bersuara bahawa Iran sepatut serah diri dalam peperangan yang berlaku sekarang.

Malah Reza Pahlavi mahu sistem demokrasi dan sekular dilaksana untuk memilih kembali pemilihan ketua negara.

Malah AS yang menjadi penyokong kuat kerana mahu mendapatkan akses terbuka kepada Selat Hormuz, yang menjadi laluan utama edaran 20 juta tong minyak sehari atau 20% bekalan minyak dunia menegaskan, Iran tidak boleh melantik anak Ayatollah Ali Khamenei sebagai pemimpin tertinggi itu.

Ini kerana AS berkehendak kuasa itu diserahkan kepada mereka memilih pemimpin baharu.



Semangat Farah untuk kembali ke Tehran itu diperkuat lagi bila anak perempuannya, Farahnaz yang menyokong Reza Pahlavi memulakan perarakan Januari 2026 menarik sokongan kembalikan pemerintahan monarki sejak 2,500 tahun lalu dan Dinasti Pahlavi bermula 1929 sehingga 1979.

Namun kisah kejatuhan keluarga diraja itu adalah satu takdir yang tersurat. 

Maharaja Perancis musnah dijulang revolusi apabila digantung. Hal sama berlaku kepada Presiden Filipina, Marcos yang melarikan diri ke Hawaii dan meninggal dunia ketika menjadi pelarian.

Kalau tak sempat lari, mereka dibunuh sebagai mana Muammar Gadaffi, Anwar al-Sadat dan Saddam Hussien serta ramai lagi ketua negara dunia yang mengalami peristiwa hitam selepas digulingkan oleh rakyat.



Wikipedia mencatatkan Farah Diba dilahirkan pada 14 Oktober 1938, anak orang kaya dan mendapat pendidikan di Tehran dan Paris. 

Sebagai isteri ketiga selepas Fawzia dan Soraya, Farah Diba ditabal sebagai permaisuri selepas berkahwin dengan Raja Iran itu pada Disember 1959 dan melahirkan Putera Mahkota Reza Pahlavi pada Oktober 1960.

Dengan gaya Barat itu, Farah menjadi penggerak utama kerja amal dan mengasaskan universiti gaya Amerika pertama Iran, dan membenarkan lebih ramai wanita menjadi pelajar. 

Baginda juga memudahkan pembelian balik barang-barang purba Iran daripada muzium-muzium di luar negara.

Farah Diba diibaratkan sama taraf dengan Wanita Pertama AS, Jacqueline Kennedy. 

Cantik, stailis dan bijak kerana lulusan universiti luar dan dalam negeri. Membebaskan wanita daripada budaya tradisional dan berusaha menjadikan Iran setaraf dunia.

Bapanya, Kapten Sohrab Diba dan ibunya, Farideh Ghotbi. Farah ada darah keturunan Iran Azerbaijan dan ibunya dari wilayah Iran Lahijan.

Selain belajar di Tehran, Itali, di French Jeanne d’Arc School dan Lycée Razi serta Pusat pengajian di École Spéciale d’Architecture Paris, Farah adalah orang yang berbelanja berbillion-bilion dolar membeli lukisan mewah dunia bagi menjadikan Iran sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan dunia.



Ketika tanda revolusi bermula pada 1978, pasangan empayar itu berangkat meninggalkan negara ZIran pada bulan Januari 1979 di bawah hukuman mati. 

Atas sebab ini, kebanyakan negara keberatan memberi perlindungan kepada mereka kecuali Presiden Mesir, Anwar Sadat. 

Namun kesihatan raja semakin merosok akibat radang paru-paru dan kemurungan melampau. Muhammad Shah Reza, raja terakhir Iran, meninggal dunia pada usia 60 tahun. - KitaReporters


17
16
0
16
0

Copy Link: