Komtar berdakwah! Kuliah jalanan IKUT tarik ramai bersyahadah! Perlu sumbangan kain tudung, sarung!
Published byMantap dan syabas! Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang (IKUT) setelah berjaya membawa seramai mungkin bukan Islam khususnya kaum Cina bersyahadah setiap minggu.

Usaha gigih aktivis Cina Muslim terbukti telah berjaya mencambahkan lagi rakan dan taulan mereka yang bukan Islam bersyahadah setelah diberi kuliah jalanan khususnya di kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dalam dialek Hokkien sekerap mungkin.
Malah rakan-rakan Cina yang telah bersyahadah dan faham mengenai Islam berusaha sedaya mungkin menyampaikan dakwah dalam bahasa Cina dengan dialek Hokkien kepada rakan-rakan yang ingin tahu mengenai Islam.
Lebih menarik lagi walaupun hanya menggunakan pengangkutan awam sebagai medium untuk bergerak, usaha mereka menambahkan kaum Cina untuk bersyahadah tetap berhasil.

Yang terbaharu pada 13 Mei 2026, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Astutik meneruskan hasratnya sejak sekian lama untuk memeluk Islam.
Dalam usahanya mencari Islam sebagai agama anutan, Astutik telah terjatuh di rumah dan patah kakinya sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
"Tolong! Saya nak Islam. Boleh datang ke hospital. Saya tidak mahu mati sebelum memeluk Islam," rayu Astutik kepada Penaung IKUT, Zolkifly Md Lazim.
Tanpa berlengah lagi Zolkifly bergegas ke hospital bagi menunaikan hasrat menggunung Astutik untuk bersyahadah.

Manakala kaum wanita Cina sama ada yang sudah bersyahadah atau belum bersyahadah tetap mahukan tudung semasa kuliah jalanan.
Sehubungan itu, IKUT mengalu-alukan sumbangan tudung bagi kaum Muslimah Cina dan kain sarung untuk kaum Muslimin Cina.
Bagi para penyumbang yang berminat boleh menghulurkan sumbangan mereka kepada akaun Maybank bernombor 557139230356 atas nama Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful, Pulau Pinang. - KitaReporters

