Hebat dan meriah! Pakai busana etnik naik percuma River Cruise! Rumah Terbuka Aidilfitri di Melaka!
Published byHebat dan sememangnya harus dipuji usaha Tourism Melaka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman unik bersama Melaka River Cruise pada 4 April 2026.

Paling menarik apabila suasana malam yang penuh warna dan budaya di Jeti Taman Rempah dan Jeti Quayside menyediakan peluang masuk percuma ke Melaka River Cruise bagi mereka yang memakai busana atau pakaian etnik Melaka.
Bermula pada 11.00 malam sehinggalah ke pukul 2.00 pagi, peluang itu adalah satu keistimewaan bagi memberi ruang untuk merasai keindahan Melaka dengan gaya yang berbeza.


Ternyata inisiatif sebegini merupakan satu kelainan yang amat menarik kerana busana etnik Melaka menjadi pertaruhan.
Program ini diyakini dapat menarik lebih ramai rakyat Melaka untuk bersama-sama memakai dan memperagakan busana etnik pelbagai bangsa yang ada di Melaka.

Sementara itu, Tu dia! Meriah sungguh Melaka dengan suasana Syawal yang masih terasa.
Sepanjang bulan April 2026 ini terdapat 24 lagi Rumah Terbuka Aidilfitri menanti kehadiran para tetamu mulai 4 April sehinggalah 18 April 2026 di seluruh negeri.


Bermula dengan Datuk Fairul Nizam Roslan pada Sabtu 4 April di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh.
Kemudian diikuti pula oleh Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada tarikh yang sama dengan lokasi dan masa yang berbeza.
Manakala Datuk Ngwe Hee Sem turut maraikan penduduk dengan mengadakan rumah terbuka pada 5 April 2026 di Dewan Serbaguna Felda Hutan Percha.

