Video| Tak dapat duit raya, dapat air mineral! Guru ngaji bagi 1 orang 15 liter air supaya sihat!
Published byDi Indonesia amalan itu juga tetap diamal. Namun bagi golongan yang agak berada di sesuatu daerah, tuan rumah turut memberi buah tangan kepada tetamu dewasa yang datang ke rumah untuk berhari raya.
Ini membuatkan rumah-rumah yang menyediakan buah tangan itu, khususnya yang agak bernilai atau menarik sentiasa, akan menjadi buruan masyarakat setempat untuk beraya.
Kebiasaannya cenderamata meliputi barangan seperti kuih muih atau barangan kecil yang boleh dijadikan cenderamata dengan dibungkus elok seperti cenderamata majlis kahwin.
Namun pemberian cenderamata hari raya oleh seorang guru ngaji sebuah desa di Sidoarjo, Jawa Timur menarik perhatian kerana memberi buang tangan lain daripada kebiasaan.
Dia menghadiahkan golongan dewasa sebalang air mineral 15 liter setiap seorang.
Alasan guru ngaji ini memberi cenderamata sedemikian ialah untuk memastikan para tetamu sentiasa sihat.

Sejumlah tetamu gembira menerima hadiah lebaran itu, sementara sebahagian lagi agak keberatan menerima hadiah itu kerana agak berat dan sukar dibawa pulang.
Ini kerana hadiah yang diberi agak berat untuk dibawa pulang. Justeru ada yang meninggalkannya.
Namun terdapat sejumlah individu mengambil balang air mineral yang ditinggal. Ini bererti mereka membawa dua balang air pulang ke rumah. Jika datang berpasangan, mereka akan membawa pulang balang air berganda.

Kejadian itu tular setelah anak guru ngaji bernama Kuni Salsabila Ahmad memuat naik video pemberian balang air mineral dalam laman sosial TikTok.
Kuni yang juga merupakan seorang guru yang menggunakan akaun @knslsabla tidak menyangka video yang dimuat naik itu mencapai tontonan ratusan ribu kali.
