SELEBRITI dan komposer, Simon Cowell bersyukur diberikan peluang kedua untuk hidup selepas mengalami kemalangan  yang  berlaku pada 27 Januari 2022 lalu.

Juri America's Got Talent itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah basikal elektrik di kawasan kediamannya di Barat London, England.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aktiviti lasak


Kejadian yang menimpa selebriti berusia 62 tahun itu menyebabkan dia mengalami gegaran otak dan patah tangan. Malah terpaksa dikejar ke hospital.

Ketika kejadian Cowell  sedang mengayuh basikal elektriknya sebelum roda tiba-tiba tercabut selepas terlanggar lopak  air. "Dia kemudian tergelincir sebelum tercampak ke tengah jalan," kata sumber .

Bagaimanapun kejadian yang berlaku tidak membuatkan dia serik untuk terus melakukan aktiviti berbasikal selepas ini. Malah, dia berjanji akan terus melakukan aktiviti yang memberi keseronokan.



"Saya tidak kisah kemalangan kerana aktiviti berbasikal adalah masa paling indah walaupun ia hanya basikal elektrik," katanya.

Malah, selebriti itu mengakui hobi yang dilakukan itu bukan sahaja menyihatkan badannya tetapi memberi kepuasan.

"Aktiviti ini bukan sekadar menunggang basikal elektrik biasa, ia sangat hebat dan lebih hebat kerana saya seperti melakukan senaman," ujarnya.

Sebelum ini, juri program realiti X-Factor itu pernah mengalami kemalangan sama melibatkan basikal pada Oktober 2020 di Los Angeles,California di Amerika Syarikat.

Keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa melalui pembedahan segera yang mengambil masa selama enam jam. Malah terpaksa memasukkan besi ke tulang belakang kesan kemalangan tersebut.

Pembedahan tersebut perlu dilakukan berikutan berlaku patah pada bahagian tulang belakang. Malah pasukan doktor merawat memberitahu selebriti itu bernasib baik kerana tidak mengalami lumpuh kesan daripada insiden yang dialami. - KitaReporters


19
16
0
9
0

Copy Link: