Ebit Lew tiba di Kedutaan Malaysia di Mesir dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. - Kredit foto: Facebook Ebit Lew


PENDAKWAH bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin sejak 25 Mei 2021 lalu disahkan dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan maklumat terkini urusan Ebit dan delegasinya berjalan lancar apabila mereka telah membeli barangan bantuan yang mahu dibawa masuk ke wilayah Gaza.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kerajaan tidak dapat memastikan Ebit telah berjaya memasuki negara yang sedang bergolak dengan peperangan itu atau tidak.

“Setakat dimaklumkan kepada kita, perjalanan beliau lancar dan tentang sama ada beliau dapat masuk ke Gaza atau tidak, tidak ada dalam maklumat saya.

“Tetapi yang jelas beliau telah sampai ke Mesir dan telah mampu beli barangan bantuan yang perlu untuk ke Gaza dan barangan tersebut sudah masuk ke sana, beliau selamat dan urusannya dan pasukan telah berjalan lancar,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Dua hari lalu, Ebit memuat naik gambarnya dalam laman sosialnya yang berada di Kedutaan Malaysia di Mesir selain gambar barangan sumbangan keperluan asas di atas lori untuk dibawa masuk ke Gaza. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SEMUA keperluan dalam menjayakan misi kemanusian telah dibeli untuk memasuki Gaza.

 

10
1
1
0
1

Copy Link: