Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Taiping 2026 kali ketiga yang diadakan di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, Perak mendapat sambutan kalangan orang ramai pelbagai kaum.


Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan.

Program anjuran Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang Selama (LMS) dan komuniti Taiping itu dihadiri lebih 500 orang yang datang sejak jam 9 pagi.

Orang Besar Jajahan LMS Datuk Seri Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli berkata, program ini bertujuan memeriahkan sambutan perayaan Aidilfitri dalam merapatkan hubungan antara kaum.

"Saya melihat ia mendapat sambutan luar biasa dan meriah kerana orang ramai datang dari beberapa tempat di sini untuk menyambut hari raya," katanya pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Taiping 2026 di Taiping, Perak pada 23 Mac 2026.

Menurut Wan Mohd Isa, program ini mendapat sambutan luar biasa dan akan diteruskan pada tahun depan (2027).


Petugas sedang menyediakan makanan untuk dinikmati oleh orang ramai.

Orang ramai sedang menikmati makanan

Tinjauan mendapati orang ramai menikmati makanan yang disediakan secara santai dan ada yang membawa tikar untuk duduk menikmati makanan sambil berbual-bual antara satu sama lain.

Pelbagai makanan disediakan secara potluck seperti air balang, nasi tomato, kuih muih, kek dan buah tembikai disediakan dan ada makanan yang dibawa oleh orang ramai untuk dinikmati di kawasan kehijauan yang udaranya segar dan nyaman ini.

Mereka yang ditemui menyifatkan program ini dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bertemu dengan rakan-rakan yang datang ke sini.

"Saya harap program ini diteruskan bagi mengeratkan hubungan antara kaum di bandar ini," kata Yusman Said. - KitaReporters


Wan Isa Wan Mohd Isa Wan Mohd Razalli (duduk, tiga dari kiri) bergambar dengan beberapa ahli jawatankuasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping.


10
12
0
13
0

Copy Link: