Video| Simpan awal dapat tunai haji awal! Peranan ibu bapa buka akaun Tabung Haji! Sejak bayi lagi!
Published byMengapa mereka berjaya menunai haji dalam usia muda, sedangkan masih ramai golongan sudah lanjut berusia yang masih tidak tersenarai menjadi calon jemaah haji setiap tahun.

Sebenarnya ia tidak lepas daripada peranan ibu bapa untuk membuka akaun haji bagi anak selepas mendapat sijil kelahiran atau MyKid.
Salah seorang jemaah termuda Malaysia musim 1447H/2026M ialah Eusoff Azman, 18 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur. Dia berterima kasih usaha ibu bapanya yang mendaftar namanya di Tabung Haji sejak dia masih bayi pada 2008.
Di samping ibu bapa memberi sejumlah simpanan wang, Eusoff turut menyimpan duit hari raya dan wang saku harian dalam akaun Tabung Hajinya,
Keprihatinan ibu bapa untuk anak-anak dapat menunai haji awal dibuktikan apabila tiga adik beradik sebelum ini turut berjaya menjadi tetamu Allah melalui kaedah yang sama.
Eusof, anak keempat daripada enam beradik ini berkata demikian dalam pertemuan dengan sejumlah media Malaysia di Tanah Suci baru-baru ini.
EUSOFF menjadi tumpuan media di Tanah Suci
Eusoff menunai haji sendirian namun tidak berasa terasing kerana hubungan dengan para jemaah lain berjalan baik walaupun jarak umur yang jauh dan datang dari pelbagai negeri.
Eusoff adalah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC). Dia turut mencatat pencapaian akademik membanggakan apabila memperoleh 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setelah bergelar haji muda, Eusoff berhasrat untuk melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

EUSOFF AZMAN
Remaja ini menitipkan satu pesanan yang cukup bermakna kepada golongan ibu bapa agar membuka peluang lebih awal kepada anak-anak untuk menunaikan ibadah haji dengan mendaftarkan simpanan sejak kecil.


SITI NUR AZIZAH
Sementara di Indonesia, terdapat dua jemaah haji paling muda dari pulau Sumatera.
Mereka ialah Suci Gina Aurelin, 14, dari Jambi dan Siti Nur Azizah, 16, dari Desa Bukit Layang, Bangka. Dia mengganti ibunya yang meninggal dunia.
Indonesia menetapkan usia minimum menunai haji ialah 12 tahun. - KitaReporters
