BUKAN sahaja menyakitkan tetapi memalukan apabila dipukul di khalayak umum.

Itu yang berlaku kepada sekumpulan lelaki beragama Islam di India disyaki didera serta dianiaya apabila diikat pada tiang, dan disebat dengan rotan oleh anggota polis di depan khalayak ramai.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes penganiayaan



Dalam kejadian pada 4 Oktober 2022 lalu itu dipercayai berlaku ke atas sekumpulan lelaki Muslim yang ditahan selepas dituduh membantah sambutan perayaan Hindu di luar sebuah kuil yang menghadap sebuah masjid.

Sangat menyedihkan apabila orang ramai hanya bersorak ketika anggota polis melakukan aksi kejam itu dalam kejadian di Kampung Unndhela, dekat Kheda, Gujarat, India.

Pasukan polis mendakwa, kumpulan tersebut membaling batu pada majlis perayaan tersebut yang menyebabkan penahanan seramai 13 orang.



Kejadian berkenaan mendapat perhatian wakil rakyat Islam di India, Asaduddin Owaisi yang berkongsi kejadian berkenaan dalam media sosial miliknya.

Malah Asaduddin menerusi hantaran dalam laman Twitter berkata, hukuman sebat yang dilakukan oleh pihak polis merupakan perkara biasa yang berlaku di India melibatkan masyarakat Islam.

Katanya, keganasan dan penganiayaan yang disasarkan terhadap umat Islam pula dianggap sebagai suatu 'keadilan'.

Dalam pada itu, jurucakap polis Kheda, Rajesh Gadhiya berkata, kesemua lelaki Islam yang dipukul dalam video itu didapati bersalah membaling batu ke arah penganut Hindu yang mengikuti upacara keagamaan di Garba. 

Katanya, mereka membaling batu kerana membantah acara tersebut yang diadakan berhampiran dengan masjid.

“Insiden itu menyebabkan tujuh penganut Hindu cedera akibat terkena batu dan kami sudah failkan kes terhadap 43 orang dengan 18 sudah ditahan setakat ini,” katanya.



Amnesty International mengecam tindakan ganas sejumlah anggota polis di di negeri Gujarat, barat India yang memukul beberapa lelaki beragama Islam menggunakan batang kayu secara terbuka di khalayak ramai.

Pertubuhan itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius dan menunjukkan penguat kuasa sendiri ‘tidak menghormati undang-undang’.

Sedih melihat masyarakat Islam dianaktirikan, sepatutnya siasat dulu sebelum jatuhkan hukuman bukan sewenang-wenangnya mengenakan tindakan berkenaan. - KitaReporters

 

 

9
12
0
11
1

Copy Link: