Ini betul-betul bukan fake! Perbuatan khianat! Tabur paku, objek tajam di atas jalan! Dekat Segamat!
Published byKejadian tabur objek tajam seperti paku atau besi tajam di atas jalan sebenarnya berlaku. Bukan cerita fake.
Baru-baru ini, satu Segamat gempar apabila beberapa kenderaan terlibat kemalangan yang didakwa berpunca daripada perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab menabur objek tajam atas permukaan jalanraya di Jalan Chaah-Labis, Segamat.

Kejadian pula dikatakan berlaku beberapa hari lagi sebelum umat Islam negara ini
menyambut Syawal di mana banyak kenderaan akan melalui jalan utama tersebut
untuk pulang ke kampung halaman.
Beberapa kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan terpaksa berhenti di tepi jalan selepas tayar masing-masing mengalami kebocoran serta kerosakan.
Difahamkan tayar kenderaan-kenderaan terbabit meletup sebelum terbabas.
Sehubungan itu, warga maya menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati terutama sekali pada waktu malam.
Beliau telah mengesahkan menerima laporan.
"Kejadian didakwa berlaku di Jalan Chaah-Labis antara laluan Simpang Maokil sehingga ke laluan Tanah Perkuburan Cina, Chaah.
"Hasil pemantauan dan rondaan kereta peronda polis di Kilometer 141.5 Jalan Johor Bahru-Seremban mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza mengalami pecah tayar.
"Pihak polis tetap membuat rondaan dan risikan bagi mengelakkan kejadian seumpama berlaku dan memburu pihak yang bertanggungjawab membuat khianat ini,” ujarnya.

Tambah Mohd Jumazanzahir, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk memastikan kesahihan sebarang berita sebelum menyebarkan maklumat dan mereka yang menjadi mangsa boleh tampil membuat laporan polis.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat terus kepada Balai Polis Trafik IPD Segamat 07-9325811.
Penulis harap kita semua janganlah menyusahkan orang lain dengan melakukan khianat seperti ini di mana banyak kenderaan yang lalu di kawasan itu.
Ia bukan sekadar merosakkan kenderaan lain tetapi mungkin
akan mengancam nyawa terutama sekali penunggang motosikal yang membawa
kanak-kanak atau warga emas. - KitaReporters
