Betul ke? Isu kompaun RM50k terbongkar? Penyiasatan hebat netizen? Ada cerita di sebaliknya?

Published by
KitaReporters


BARU-BARU ini kecoh satu Malaysia apabila pihak berkuasa telah mengeluarkan saman atau denda sebanyak RM50,000 kepada seorang peniaga burger yang didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Namun begitu, berita itu dengan pantas tersebar dan orang ramai sangat marah dengan pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mendakwa nilai kompaun itu tidak adil dan tidak berhati perut.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pihak tampil nak bantu tolong bayarkan saman termasuk beberapa rakan artis terkenal.

Tetapi, hasil penyiasatan netizen terhebat di 'dunia' telah mendapati sebaliknya pula.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kompaun


Kredit foto: FB NIA


Fuhh betui-betui ada plot twist ini. Macam dalam la drama pulak.

Jika dilihat daripada gambar-gambar yang dikongsi oleh orang ramai ketika ini, penjual burger ini nampknya seperti bukan orang biasa-biasa dan boleh kata golongan kayangan juga ini. 




Malah ada yang mendakwa bahawa beliau sememangnya bersalah dan telah melanggar SOP berkali-berkali sebelum ini. Malah pernah pada mulanya dikenakan kompaun RM1,000

Menurut netizen, peniaga itu dikenakan kompaun tertinggi RM50,000 selepas mengulangi kesalahan melanggar SOP (beroperasi melebihi waktu ditetapkan) ekoran aduan daripada penduduk dan peniaga sekitar.

Persoalannya, adakah gambar yang dikongsi ini betui? Atau sebaliknya? 



Akan ada plot twist lagi ke selepas ini? Kita sama-sama tunggu!!

Kepada netizen di luar sana, sebelum berkongsi apa-apa cerita pastikan ia sahih dahulu. 

Dalam pada itu, kesian juga polis dan KKM kena hentam sebelum ini. Dah boleh mula mintak maaf dekat dorang yang mana duk maki polis dan KKM sebenar ini. - KitaReporters



2
4
2
0
2

Copy Link: