"SEMPENA hari jadi The Duke of Sussex!🎉.. Putera Harry ke-37 tahun bersama Meghan Duchess of Sussex meluangkan masa bersama ketika sesi rakaman gambar muka depan majalah @time #time100, sekali gus menjadikan mereka pasangan pertama menghadiri sesi fotografi untuk majalah.

Begitu mesej yang ditulis dalam akaun Instagram @Archewell yang dikendalikan oleh Harry dan Meghan.

Apabila Putera Harry anak kedua kepada pewaris takhta England, Putera Charles mengejutkan dunia apabila dia dan isterinya, pelakon Hollywood, Meghan Merkle meletakkan jawatan sebagai keluarga kerabat diraja yang bekerja, ia mencetuskan fenomena global. Ada yang suka dan banyak yang mengecam perbuatan mereka.

Mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat ala Megxit (Britain keluar Kesatuan Eropah dinamakan Brexit) dikatakan menimbulkan kemarahan pihak istana kerana mengaibkan keluarga diraja apatah lagi apabila mereka membuat keputusan menyambut kelahiran puteri keduanya di negara Uncle Sam itu, terus dianggap sebagai 'pengkhianat'  kepada Britain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry

Kredit foto: archewell.com


Menambahkan lagi 'sakit hati' dalam kalangan kerabat diraja apabila Harry dan Meghan pula bersetuju ditemu ramah oleh pengacara Oprah Winfrey yang memdedahkan kesulitan dia membesar dikelilingi oleh protokol diraja dan masalah kesihatan mental yang dialami Meghan, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi sebahagian daripada keluarga diraja tertua di dunia itu.

Tindakan Harry yang menduduki tangga keenam dalam senarai pewarisan takhta itu menyebabkan media di Britain menggelarnya sebagai 'pengkhianat' dan mereka seolah-olah melayan Meghan sebagai kerabat 'kelas dua' kerana ibunya, wanita kulit hitam

Tergamaknya media negara itu membuat undian lagi untuk mendapat pandangan adakah Duke dan Duchess of Sussex dan keluarganya tidak patut lagi layak menerima gelaran diraja di Britain

Terbaru pasangan itu dikatakan kekal dengan keputusan mereka untuk tidak kembali kepada istana



Itu pandangan media negara blok Eropah itu tetapi di Amerika Syarikat, Harry dan Meghan diangkat setanding macam Putera William dan Kate Middleton yang mewakili kelas bangsawan di AS. Hasilnya, Harry disenaraikan sebagai 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia oleh majalah Time sebaris dengan nama terkemuka dunia daripada kalangan artis, usahawan, pencipta dan tokoh wanita yang menerjui bidang perniagaan.
Gambar pasangan itu muncul bersama 100 ikon dunia di muka depan edisi majalah Time 100 yang sebaris dengan pemimpin dunia termasuk Simone Biles, Billie Eilish dan Ngozi Okonjo-Iweala (wanita kulit hitam pertama yang mengetuai Pertubuhan Perdagangan Dunia).


Naomi Osaka
juga dinamakan sebagai orang ke #39 Time yang memutar bual bicara mengenai kesihatan mental tahun ini.
Dalam edisi Time itu turut mengetengahkan seorang Chef, José Andrés iaitu pengasas dapur makanan dunia, sebuah badan amal yang menyediakan makanan kepada orang ramai yang ditimpa bencana alam sekitar.

Jose turut menegaskan bahawa Harry dan Meghan 'mempunyai sifat penyayang kepada manusia yang mereka tidak kenal pun dan mereka tidak tertunggu terus memberi bantuan kemanusiaan.

Andrés memuji pasangan itu sanggup berdepan dengan risiko membantu komuniti yang memerlukan dengan memberi sokongan kepada isu kesihatan mental dalam kalangan wanita dan anak gadis kulit hitam di AS serta memberi bantuan kepada mangsa bencana alam di India dan Caribbean.

Duke and Duchess of Sussex bertemu Timbalan Setiausaha Agung PBB Aminajmohammed 


Ternyata berbeza dengan tanggapan media di Britain, pasangan Sussex yang memberi temu ramah kepada  Oprah pada awal tahun ini, mereka mendapat pujian daripada segenap pelosok dunia kerana bercakap secara terbuka mengenai kesihatan mental yang baik dan kesan terapi ke atas kehidupan.

"Pembabitan oleh pasangan muda ini bukan pilihan yang mudah dan mereka sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga ternama, bakat dan sanggup hilang darjat dan kemasyhuran. Adalah lebih mudah untuk mereka tunduk saja pada sistem, menikmati kekayaan dan berdiam diri," katanya.
Selain itu, pemain tenis termuka Naomi Osaka, turut membicarakan perihal kesihatan mental tahun ini apabila dia menarik diri dari pertandingan Terbuka Perancis, pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny dan penyanyi Britney Spears serta Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Apple, Tim Cook. 

Selain itu, nama-nama pemimpin berpengaruh yang lain ialah Presiden AS, Joe Biden dan pemimpin China, Xi Jinping sehingga kepada Perdana Menteri India, Narenda Modi dan Timbalan Ketua Kanan Taliban di  Afghanistan, Abdul Ghani Baradar turut menjadi orang berpengaruh itu. 

Dalam pada itu, Meghan sudah sekian nama terkenal dalam aktiviti kemanusiaan dan penggerak utama kempen mendidik wanita dan anak-anak gadis di dunia tentang hak asasi mereka.

Dan ini dengan adanya Harry mereka menukarkan minat dengan menjadikan keprihatinan itu digerakkan menerusi Yayasan Archewell bersuara menegakkan keadilan dalam media dan dokumentari

Bergading bahu dengan rakan kongsi yang tiada mengutamakan keuntungan, mengambil risiko membantu masyarakat dalam semua keperluan. - KitaReporters


11
9
0
11
0

Copy Link: