Lelaki berputih mata! Wang simpanan dirompak di hadapan bank

Published by
KitaReporters

KETERUJAAN seorang lelaki untuk menikmati wang simpanannya musnah sekelip mata apabila menjadi mangsa rompakan beberapa minit selepas mengeluarkan wang berkenaan dari Bank Chase di Hungtington Park, California, Amerika Syarikat baru-baru ini. : Kitareporters


Lagi cerita-cerita dari Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Memetik laporan Ladbible.com, Cornejo yang baru melangkah keluar dari bank  dengan membawa sejumlah wang berjumlah AS$200,000 (RM820,000) didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali serta berpakaian serba hitam sebelum lelaki tersebut bertindak ganas dengan merampas beg yang dipegang.

Alamakk! takutnya.

Si perompak berkenaan bukan sahaja merentap beg yang berisi wang berkenaan tetapi juga memukul lelaki itu yang masih terkedu selepas manjadi mangsa rompakan.

Walaupun berusaha menyelamat diri daripada si perompak berkenaan, Cornejo telah dipukul lalu menyebabkannya terjatuh ke tanah di hadapan bank berkenaan.


Cornejo menjerit meminta bantuan dan penggera keretanya berbunyi, namun tiada siapa yang melalui kawasan berkenaan untuk membantu.

Pengawal keselamatan bank mana?

Wang berkenaan dipercayai adalah hasil simpanan beberapa tahun selepas menjual kediamannya di bandar berkenaan. Namun nasibnya malang menyebabkan Cornejo tidak sempat menikmati wang berkenaan selepas beberapa tahun menyimpan di bank tersebut.


Terdahulu, Cornejo dikatakan meletakkan kenderaannya di hadapan bank tersebut bagi memudahkan pergerakan selepas mengeluarkan sejumlah yang besar. Mungkin si perompak itu tahu dia mengeluarkan sejumlah wang yang besar menyebabkan dia menjadi sasaran.

Bahayanya!!

SAKIT selepas dipukul perompak yang melarikan wang yang dikeluarkan daripada bank.


Sementara itu, peguamnya Nathan Soleimani menzahirkan kesyukuran kerana anak guamnya terselamat walaupun berdepan saat getir sehingga menyebabkan dia cedera dan kehilangan sejumlah wang yang banyak.

“Syukurlah dia masih hidup dan hanya mengalami kecederaan ringan walaupun melalui saat sukar itu,” kata Soleimani.

Katanya anak guamnya itu berjuang sepenuh hati untuk menyelamatkan nyawanya dan ketika dia dipukul, dia berusaha sebaik mungkin untuk mencuba dan menyelamatkan beg yang dibawanya.

Ekoran kejadian itu, sepasukan penyiasat telah meneliti rakaman CCTV dari bank dan pihak FBI juga telah menjalankan pencarian.

Semoga pencarian berkenaan berhasil dan si perompak itu berjaya diberkas. : KitaReporters

2
1
1
0
0

Copy Link: