Walaupun di mana dia berada, Dr. Aceng Muhtaram, seorang pensyarah kanan, masih tidak melupakan profesionnya untuk mendidik anak bangsa walaupun dirinya berdepan ujian getir. - Kredit foto-foto: Tangkap layar video TikTok Balqis Maharani


MESKIPUN dirawat di hospital namun tidak menghalang dirinya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah kepada anak-anak didiknya.

Kisah seorang pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Indonesia di Bandung yang tetap bersemangat mengajar pelajarnya secara dalam talian ketika sedang berada di atas katil hospital sangat meruntun hati dan mencuri tumpuan netizen.

Apa tidaknya walaupun masih berada dalam keadaan lemah selepas diberitakan diserang penyakit strok, namun pensyarah, Dr. Aceng Muhtaram tetap gigih menyampaikan ilmu kepada pelajar kuliahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pensyarah


Difahamkan Dr. Aceng  diserang strok sejak awal Ramadan 2021 lalu dan terpaksa ditahan di wad untuk rawatan susulan.

Namun Dr. Aceng tidak pernah melupakan profesionnya sebagai pendidik untuk mendidik anak bangsa walaupun dirinya sedang berhadapan dengan ujian yang getir.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pelajarnya, Balqis Maharani dalam aplikasi Tiktok menunjukkan pensyarah itu tetap bersemangat walaupun dirinya kelihatan sangat lemah.

Terdahulu, ramai dalam kalangan mahasiswa di universiti itu menyangka pensyarah mereka tidak dapat menyampaikan kuliah memandangkan masih di rawat di hospital.

Namun sangkaan pelajarnya itu meleset kerana pensyarah kesayangan ramai itu tetap gigih menyampaikan kuliah.


RAMAI yang menyangka pensyarah mereka tidak dapat menyampaikan kuliah memandangkan masih dirawat di hospital. 



Demi tugasnya kepada anak bangsa, pensyarah itu tetap gigih meneruskan kuliah.

Malah ketika menyampaikan kuliah, beliau terpaksa dalam keadaan terbaring berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Namun sayangnya kerana terlalu tidak larat dia akhirnya 'mengalah' kerana tidak dapat meneruskan kuliah berkenaan dan menyerahkah kuliahnya kepada pembantu bagi meneruskan pembelajaran.

Mulianya sungguh hatimu wahai guru! Walaupun dalam keadaan uzur tapi masih sanggup memikirkan anak bangsa yang menjadi tanggungjawabnya.



Sementara itu, Balqis memberitahu dia terkejut melihat keadaan pensyarah kesayangan itu kelihatan lemah di atas katil hospital.

Namun biarpun begitu dia tetap bersemangat dan mahu meneruskan kuliah.

“Kami terkejut melihat bapak sedang terbaring dan perlu dibantu dengan ramai orang,” ujar Balqis yang kagum dengan semangat yang ditonjolkan pensyarah yang mengajar subjek Penelitian Administrasi Pendidikan.

Perkongsian sayu itu disaksikan lebih 380,000 pengguna TikTok yang masing-masing menzahirkan rasa kagum dengan semangat pensyarah senior berkenaan.

Semoga Dr. Aceng Muhtaram diberikan kesihatan yang baik dan kembali ke kuliah. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0

Copy Link: