Hamzah kelihatan sihat dan ceria ketika memulakan ceramah. - Kredit foto: Tribun Sulsel.

SEORANG tokoh agama tempatan dikenali sebagai Haji Hamzah meninggal dunia secara tiba-tiba ketika menyampaikan ceramah mengenai pengurusan jenazah di mimbar Masjid Amirul Jannah, Bone, Sulawesi Selatan baru-baru ini.

Dia kelihatan sihat dan ceria ketika memulakan ceramah.

Hamzah sedang menjelaskan pentingnya mayat dimandikan. Tiba-tiba dia terkulai layu dan terjatuh di mimbar.

Satu kematian yang didoakan agar tergolong sebagai husnul khatimah. Amin!!


Lagi cerita-cerita menakjubkan berkaitan husnul khatimah

Detik-detik akhir ajal menjemput ketika Hamzah menyampaikan ceramah mengenai pengurusan jenazah. - Kredit foto: Tribun Sulsel

Bergegas sejumlah jemaah menolong, namun nyawa Hamzah tidak dapat diselamat.

Hamzah yang merupakan Ketua Majlis Ugama Islam (MUI) Indonesia Tanete Riattang Timur, Bone, Sulawesi Selatan meninggal pada pagi Isnin, 14 Jun 2021.

Hamzah yang juga imam di masjid Nurul Huda, Bajoe dan pensyarah sebuah universiti tempatan.


Beberapa anggota jemaah cuba menyelamatkan Hamzah. - Kredit foto: iNews.com


Dari video masjid,  Hamzah kelihatan berada di mimbar menyampaikan ceramah. Dia memakai baju putih, songkok hitam dengan syal berwarna hijau. 

Ketika menyampaikan ceramah dan hendak membaca doa memandikan jenazah, tiba-tiba dia terdiam dan kemudian terjatuh. Sebilangan jemaah memberikan bantuan, namun nyawanya tidak dapat diselamat. 

Berita duka ini pun disahkan oleh Ketua Lurah Cellu, Kecamatan (mukim) Tanete Riattang Timur, Andi Silka Supriadi.

Menurut Andi Silka, Allahyarham disenangi penduduk setempat dengan sifat berwibawa, ramah tamah, murah senyum dan sering membantu. Dia juga pensyarah yang disenangi pelajar-pelajarnya.

Allahyarham Hamzah didoakan oleh warga setempat dan siswa-siswi agar kematiannya tergolong sebagai husnul khatimah.

Jenazahnya dikebumi selepas solat asar pada Selasa, 15 Jun 2021. - KitaReporters

Jenazah Haji Hamzah disolat ramai penduduk setempat. - Kredit foto: CNN Indonesia

0
0
3
0
0

Copy Link: