Masahak Abdullah dan isteri, Siti Hajar Hassan. - Kredit foto-foto:  Ihsan SAHOCA Bikers Legends 


DEMI kasih, nyawa sendiri sanggup dipertarung asal isteri dan keluarga berjaya diselamatkan. Dengan kudrat yang ada, disorong kerusi roda isteri ke tempat tinggi dalam serba kepayahan mengharung banjir lumpur yang mengganas

"Alhamdulillah, Allah bagi saya kudrat untuk melakukannya walaupun jika difikirkan balik, saya memang tidak ada kemampuan berbuat demikian," kata Masahak Abdullah, 64, dalam pertemuan di rumahnya di Kampung Ruat, Yan, Kedah


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kepala air

Masahak merenung masa hadapan yang suram akibat tragedi Kepala Air Gunung Jerai.


Siti Hajar bersama cucu, Muhamad Adam


Masahak, antara mangsa tragedi Kepala Air di kaki Gunung Jerai yang terjejas teruk.  

Semasa kejadian Masahak tinggal bersama isteri, Siti Hajar Hassan, 57; anak perempuan, Norhayati Masahak, 29, dan suami; seorang adik lelaki dan anak berusia 5 tahun, Muhamad Adam

Isterinya Siti Hajar hilang sebelah kaki sejak dua tahun lalu akibat kencing manis dan sejak itu, Siti Hajar bergerak menggunakan kerusi roda

Bercerita tentang tragedi pada petang 19 Ogos 2021 itu, Masahak berkata, apa yang berlaku sangat mengejut.  Tidak ada apa-apa tanda  kecuali hujan lebat yang berterusan selepas asar. 

"Hujan berterusan menyebabkan air mula naik. Memang kawasan rumah kami selalu banjir, tapi tidaklah seteruk ini.  Sejam selepas hujan lebat, saya lihat air mula naik. Sungai pula berombak luar biasa. 


Di luar rumah, semaian yang diusaha secara kecil-kecilan oleh Masahak habis rosak.


Air masih bertakung di dalam rumah.


"Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi dentuman yang kuat, macam bunyi ribut, sangat  menakutkan," cerita Masahak lagi. 

Tanpa berlengah saya mengheret kerusi roda isteri dan menyuruh Norhayati membawa anaknya terlebih dahulu ke tempat tinggi

"Ketika itu air sudah sampai paras pinggang. Norhayati berpatah balik membantu saya mengangkat kerusi roda tersebut dan isteri ke tempat tinggi untuk berlindung," tambah Masahak. 


Barang rumah yang masih belum dapat dikemas sepenuhnya.


Norhayati meneruskan kerja membersih dan mengemas rumah yang banyak perlu dilakukan.


Kejadian tersebut telah mendatangkan kerugian yang besar kepada Masahak. 

"Barang rumah banyak yang rosak. Katil, almari, kerusi meja, karpet semua sudah tidak boleh digunakan.  Apapun saya reda," ujarnya. 

Masahak turut bimbang kerana hilang sumber pendapatan sebagai pekebun dan menoreh. Tambahan pula penyakit kencing manis yang dihidapi isterinya Siti Hajar memerlukan rawatan berkala

"Setiap bulan dia perlu dibawa ke hospital Yan untuk pemeriksaan dan rawatan. Dua bulan sekali pula perlu ke Hospital Sungai Petani. Setiap kali kami perlu sewa teksi dengan kadar RM100 sehari

" Dengan keadaan tanaman yang rosak dan tidak boleh kerja sebab Covid 19 ini kami semakin susah. Hanya berharap hasil pendapatan menantu dan anak lelaki yang hanya bekerja kampung," kata Masahak. 

Masahak bersyukur kerana Norhayati ada bersama untuk mengurus ibunya dan membuat kerja kerja rumah. 


Sumbangan daripada SAHOCA Bikers Legend yang disampaikan oleh wakilnya Shafferi Rejab.


Juga sumbangan barang keperluan harian yang diserahkan oleh Sharonnizam Haron.


"Saya pernah kerja kilang tetapi berhenti selepas kaki mak dipotong kerana hendak menjaga kebajikan mak dan bapak," kata Norhayati. 

Dalam kunjungan tersebut pihak kelab SAHOCA Bikers Legend telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada Masahak dan keluarga

Mereka yang berhajat untuk menyumbang boleh disalurkan ke BSN 0200741100003411 atas nama Siti Hajar Hassan. - KitaReporters

Kunjungan dan sumbangan wang tunai serta barang keperluan harian oleh Kelab SAHOCA Bikers Legend pada 30 September 2021. - Kredit foto-foto: Ihsan SAHOCA Bikers Legend

15
12
0
14
0

Copy Link: