Pusat kebajikan Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur


Tandas yang perlu dinaik taraf agar mesra OKU di Pusat Kebajikan Ahsana


"Bantu kami kumpul dana untuk buat tandas yang ada fasiliti OKU," demikian kata Nurhidayushafika Mat Radzi, 35, salah seorang AJK Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur. 

Katanya tandas itu sangat diperlukan untuk kegunaan 14 orang kanak kanak istimewa OKU yang ditempatkan di pusat Ahsana tersebut. 

"Tandas yang ada tidak mesra OKU dan menyulitkan kanak-kanak tersebut menggunakannya," kata Nurhidayushafika yang mesra disapa sedbagai Hidayu. 


Para petugas bersama penghuni Ahsana.


Menurut Hidayu bukan mudah mengurus insan istimewa. Semua memerlukan kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Hanya mereka yang  ikhlas membantu sahaja mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul. 

Ditubuhkan pada Disember 2021, pusat ini menempatkan 14 kanak-kanak istimewa perempuan Muslim. 

"Mereka terdiri dari kanak kanak yang mengalami mental disorder (gangguan mental), autisme, cacat  fizikal, hyper autism, sindrom Down, sawan dan mild autisme," tambah Hidayu. 

Jelas Hidayu, penghuni di pusat ini datangnya daripada keluarga tidak berkemampuan dan tiada waris. 


Nurhidayushafika Mat Radzi melayan kanak kanak OKU di Ahsana


Menurut Hidayu pusat ini mempunyai 5 petugas perempuan, 4 pembantu dan seorang pentadbir.

"Pusat ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai untuk mengurus hal-hal kebajikan para penghuninya. Pada masa ini kami juga sedang menghadapi masalah kewangan untuk perbelanjaan bulanan pusat ini," jelas Hidayu. 

Setiap bulan pusat ini memerlukan lebih kurang RM23,000 untuk perbelanjaan pengurusannya.

"Perbelanjaan sehari RM800, perbelanjaan perubatan  RM400 tidak termasuk belanja di luar jangkaan," tambah Hidayu lagi.  

Sementara itu sewa bulanan RM3,500 pusat tersebut dibayar oleh orang perseorangan dan organisasi.


Gelagat salah seorang penghuni OKU Ahsana yang ceria


Sehubungan itu Hidayu merayu orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan serta keperluan dapur. 

Malah pusat ini juga memerlukan dana untuk menaik taraf tandas bagi kemudahan penghuni di situ serta membaiki ruang dapur yang uzur. 

'Keselamatan mereka juga menjadi keutamaan kami, sebab itu kami perlu dana untuk naik taraf tandas yang lebih mesra OKU," ujar Hidayu yang telah berkahwin dengan Asree Kamarudin, 32.


Ruang dapur yang perlu dibaiki.


Penghuni juga didedahkan dengan aktiviti  senaman, melukis , mengaji dan keagamaan. 

"Mereka dilatih untuk bergaul sesama mereka supaya ujud perasaan kasih sayang seperti adik beradik," kata Hidayu. 

Terletak di No.2, Jalan 4/153A, Off Jalan Puchong, Taman Puchong Indah, Kuala Lumpur, pusat ini diasaskan oleh Norsuhasliza Abu Hassan sebagai Pengerusi. 

Orang ramai yang ingin membantu atau menyumbang kepada pusat ini boleh menghubungi 010-2111319 untuk maklumat lanjut. 

Atau salurkan bantuan atau sumbangan ke akaun CIMB bernombor 8604 9261 04 dan Bank Islam bernombo 1227 0010 0153 71 atas nama Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur. - KitaReporters

Aktiviti penghuni melukis dan kreativiti


11
12
0
15
0

Copy Link: