Seorang wanita melihat saki baki struktur rumah yang tinggal selepas rumah terbabit dihanyutkan air bah di Kampung La,Hulu Besut.


NASIB malang yang menimpa penduduk Kampung La, Hulu Besut yang menjadi mangsa banjir sehingga ada yang kehilangan tempat tinggal akibat rumah mereka dihanyutkan air dalam kejadian banjir besar yang melanda kampung itu pada 19 Disember 2022 mendapat perhatian pelbagai pihak. 

Sejak kejadian itu, pelbagai pihak terutama Badan Bukan Kerajaan (NGO) pemimpin politik, pihak kerajaan, pasukan keselamatan tidak putus-putus memberi fokus membantu mangsa terbabit sama ada dalam bentuk bantuan kewangan, barangan dan sumber tenaga.


Lagi cerita-cerita simpati berkaitan mangsa-mangsa banjir

Anggota tentera turut membantu dalam kerja gotong royong membersihkan kawasan rumah yang dihanyutkan oleh air bah di Kampung La,


Hanafiah Mat

Berita paling gembira kepada mangsa terbabit adalah apabila semua mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, seramai 53 mangsa melibatkan 12 keluarga kurang bernasib baik bakal menerima manfaat tersebut selepas proses penelitian dibuat.

Kataya, langkah itu sedang diambil dan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban golongan terbabit.


Mangsa banjir di Daerah Besut dikunjungi sekumpulan NGO untuk menyampaikan sumbangan barangan makanan


"Mesyuarat Exco pada 28 Disember 2022 memutuskan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) perlu menyediakan penempatan sementara bagi 12 keluarga yang hilang tempat tinggal terbabit.

"Bayaran sewa untuk setiap rumah terlibat akan ditanggung oleh MAIDAM selaku badan pelaksana kerajaan negeri," jelasnya. 

Kata Hanafiah, MAIDAM juga akan berusaha membantu membina semula rumah baharu kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini mangsa yang terbabit dengan kehilangan tempat tinggal terpaksa menumpang di rumah saudara mara di kampung berkenaan. - KitaReporters


Pelbagai jenis barangan keperluan untuk mangsa banjir di daerah Besut yang disumbangkan oleh NGO

18
5
1
10
0

Copy Link: