Meriah! Gembira tak terkira bila jumpa sahabat lama sambil menyambut Hari Raya.

Itulah yang tergambar pada majlis Santai Syawal Asmarian, anjuran Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (dulunya, Sultanah Asma School atau SAS) batch (kumpulan) 1974. Menggelarkan diri mereka sebagai Golden Girls 74 (GG 74) sudah lebih 10 tahun grup tertubuh.




Banyak juga aktiviti reunion yang dibuat. Namun kekangan masa dan kesihatan menjadi alasan kurang aktiviti fisikal sejak akhir-akhir ini.

Namun dalam grup WhatsApp tetap meriah setiap hari. Usik mengusik, bertanya khabar dan berkongsi cerita anak cucu menjadi penyambung ukhwah bersama sahabat syurga.

Dan pada 5 April 2026 lalu bertempat di Wedding Cafe Alor Setar kami buat open house cara kami. Santai Sarapan Syawal idea diberi.

Dari cadangan main-main akhirnya menjadi satu perjumpaan Hari Raya Aidilfitri yang sangat bermakna untuk kami Asmarian GG 74. Mana tidaknya, lebih 20 orang menyertainya dalam masa 3 hari dirancang. 

Secara kebetulan ramai yang masih ada di kampung beraya. Dan yang ada di Alor Setar pun ramai.

Dengan izin Allah meriahlah majlis. Bayaran pun murah. Tempat juga selesa. Bayangkan bila 20 orang berjumpa, pulak tu semua kaki borak.


Wan Zakiah, Zahanim dan Ridzuan (kanan) siap bawa mangga untuk kawan kawan.


Macam-macam cerita nak dikongsi. Satu grup di kiri. Satu grup di kanan. Satu lagi di hujung. Semua kalut nak bercakap. Tak tau mana satu nak dengar.

Kalau dalam kelas dulu monitor suruh diam semua diam. Kalau pengawas suruh senyap semua senyap. Tapi kali ini depa tak peduli dah walaupun ada bekas monitor dan pengawas. Tak heran pun! Depa pula yang marah.

Saya melihat satu persatu wajah yang hadir. Membayangkan mereka beruniform sekolah, comel-comel belaka. Mengimbau watak sorang-sorang yang kelakar dan degil dalam kelas.

Sebak juga dada. Menitis juga air mata. Betapa indahnya masa dulu. Saat menimba ilmu, memburu impian.


Sahabat selamanya... Duduk:  Zarina, Zuriah dan Sharifah Shahrizad, manakala berdiri: Rosnah, Badren dan Khodijah.

Dan hari itu kami bertemu dengan rasa gembira dan bangga menjadi manusia. Menjadi orang yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Sesungguhnya Aidilfitri kali ini (2026) ada memori tersendiri. Bagaimana persahabatan terjalin dari bangku sekolah bertahan sehingga ke penghujung usia.

Dan majlis-majlis kecil seumpama ini sudah cukup untuk mempertahan sebuah persahabatan yang lahir dari hati yang ikhlas. Bukan siapa kita jadi taruhan. Kerja apa.jawatan apa bukan lagi penting.

Pada usia begini, kita perlu reda dengan aturan Allah. Meletakkan persahabatan dan silaturahim sebagai perkara utama lebih bermakna daripada berbangga dengan kedudukan dan kekayaan.

Dan grup Asmarian GG 74 sangat profesional dalam perkara ini. Tidak ada tembok dalam pergaulan. Sama macam waktu sekolah. Malah masing-masing lupa sudah ada cucu.


Kalsom, Dato Hafizah, saya dan Rosnah.


 Mak tok-Mak Tok vouge dan sporting ini tetap ceria berjumpa sahabat sekolah. Dan Santai Sarapan Asmarian GG 74 ini lebih sesuai diadakan berbanding rumah terbuka yang biasa dibuat.

Selain berjimat, tuan rumah tidak penat dan boleh sama-sama join untuk bergembira dan berborak.

Terima kasih semua Asmarian GG 74 yang hadir. Maaf jika ada kekurangan dan keterlanjuran kata.

Jika panjang umur tahun depan kita buat lagi. Insya-Allah.

Syawal masih ada! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. - KitaReporters


Kenangan pada program Santai Sarapan Syawal Asmarian GG 74 di Alor Setar.

10
9
0
23
0

Copy Link: