Video| Kerana RM12! 150 bergaduh berebut wang zakat! Ada yang beratur semula untuk ambil kali kedua!

Published by
KitaReporters

Seorang janda cedera ringan apabila kira-kira 150 warga kecoh serta bergaduh berebut untuk mendapatkan wang zakat Rp50 ribu (kira-kira RM12) setiap seorang yang diagihkan oleh seorang ahli perniagaan di Kabupaten Gresik, Jawa Timur, Indonesia pada Jumaat, 13 Mac 2026 lalu.



AHLI perniagaan terbabit (tengah) sedang mengagihkan wang zakatnya berjumlah Rp50 ribu atau kira-kira RM12 setiap seorang di Gresik, Jawa Timur, Indonesia. - Kredit foto: Portal JTV


Kejadian tersebut berlaku pada pukul 9 pagi, apabila dua warga dalam kalangan mereka yang sudah pun menerima wang zakat berkenaan tetapi mereka beratur semula untuk mendapat  wang zakat itu sekali lagi. 

Tindakan dua warga itu untuk mengambil wang zakat dua kali bagi diri mereka menyebabkan beberapa warga lain tidak berpuas hati serta marah terhadap mereka yang memasuki semula barisan warga lain yang sedang berbaris untuk mendapatkan wang zakat.

Tindakan dua warga terbabit telah menimbulkan tidak puas hati sehingga terjadi kekecohan, dan kemudian berlaku pergaduhan kecil antara mereka yang datang untuk mengambil wang zakat itu.


KEKECOHAN berlaku di luar premis ahli perniagaan berkenaan di Gresik, Jawa Timur pada 13 Mac 2026. - Kredit foto: Portal JTV 


Detik.com pada 14 Mac 2026 lalu dipetik melaporkan, kekecohan itu semakin ketara setelah beberapa pemuda yang cuba campur tangan dalam kejadian itu datang ke lokasi berkenaan.

Menurut laporan, pergaduhan membabitkan penerima zakat itu telah dileraikan oleh petugas keselamatan yang berada tidak jauh dari premis tersebut.

' Tiada warga yang mengalami kecederaan serius kecuali seorang ibu tunggal yang mengalami bengkak pada wajahnya,'' kata Detik.com lagi.


KEKECOHAN berlaku di luar premis ahli perniagaan berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Gresik, AKBP Ramadhan Nasution mengesahkan kejadian itu dan kekecohan berkenaan telah diselesaikan.

Menurutnya, ahli perniagaan terbabit sering mengeluarkan wang zakatnya setiap tahun bulan Ramadan untuk warga miskin di sekitar kawasan berkenaan. - KitaReporters


16
8
0
15
0

Copy Link: