Tolong kami! Bantu remaja parah dihempap pokok tumbang! Perlu dana untuk segera lakukan pembedahan!
Published bySiapa tidak sayangkan anak? Namun begitu inilah dilema yang dialami seorang bapa apabila seorang anak lelakinya cedera parah akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Parit Gabis Atas, Bagan Serai pada Rabu 1 April 2026.
Paling menyedihkan apabila doktor memberitahu remaja lelaki berusia 22 tahun kini berdepan risiko lumpuh selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu.

Mangsa, Muhammad Azmin Ahmad Fauzi, 22, mengalami cedera parah pada bahagian leher dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu ketika dalam perjalanan dengan menaiki sebuah motosikal.
Menurut bapa mangsa, Ahmad Fauzi Saarani, 56, kejadian berlaku ketika anaknya itu dalam perjalanan ke rumah rakan selepas keluar membaiki motosikal yang mengalami kerosakan tayar.
“Semasa dalam perjalanan, ketika itu hujan lebat dan angin kuat. Secara tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mengenai bahagian kepala anak saya.
“Saya percaya pokok itu mungkin sudah reput dan apabila ditiup oleh angin ribut pada hari kejadian. ia terus tumbang,” katanya ketika ditemui di Taiping pada 3 April 2026.
Muhammad Azmin merupakan anak ketiga daripada lima beradik kini sedang dirawat di Hospital Taiping, Perak.

Ahmad Fauzi berkata, pemeriksaan pakar mendapati anaknya mengalami dua keretakan pada bahagian leher selain saraf tersepit dan kecederaan pada saraf tunjang yang pecah dan menyebabkan lumpuh.
“Doktor memberitahu kecederaan pada saraf tunjang serius dan menjadi punca anak saya tidak dapat bergerak,” katanya sebak.
Ahmad Fauzi berkata, anaknya kini memerlukan pembedahan segera bagi mengelakkan keadaan dan kecederaanya di bahagian leher menjadi lebih teruk.
Sehubungan itu, beliau berkata, doktor sarankan supaya pembedahan dilakukan secepat mungkin kerana jika lewat boleh memberikan risiko menjadi lumpuh.
Bagaimanapun, katanya, doktor juga tidak dapat menjamin pemulihan sepenuhnya dan proses pemulihan dijangka mengambil masa panjang.
Menurut Ahmad Fauzi, kos rawatan dianggarkan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 termasuk pemasangan plat besi bagi menyokong struktur leher.
“Kalau ada wang akan menyebabkan bengkak berlarutan dan boleh menyebabkan lumpuh,” katanya.

Sehubungan
itu, beliau merayu bantuan orang ramai untuk meringankan beban kewangan bagi
membolehkan anaknya menjalani pembedahan segera dalam masa terdekat di Hospital
Manjung.
“Saya ada
buat perbincangan dengan ahli keluarga untuk mengumpul dana, namun jumlahnya
masih tidak mencukupi.
“Saya berharap
orang ramai dapat membantu demi masa depan anak saya yang masih muda,” kata Ahmad Fauzi.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Islam anak perempuannya, Amiratul Balqis Ahmad Fauzi pada nombor akaun 08077020473823. - KitaReporters
