Video| Tertembak ibu sendiri! Kanak-kanak 3 tahun terjumpa pistol di dalam kereta! Sangka mainan!

Published by
KitaReporters


NIATNYA mulia menyimpan sepucuk pistol untuk keselamatan diri dan keluarga, namun disebabkan kecuaian diri akhirnya meragut nyawa keluarga sendiri.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di bandar Chicago, Amerika Syarikat (AS) apabila, anak lelakinya sendiri, berusia tiga tahun secara tidak sengaja menembak mati ibunya, Daejah Bennett ketika bermain sepucuk pistol yang ditemukan di dalam kereta bapanya, baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian tembakan



Tragedi menyayat hati berkenaan berlaku di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya Food 4 Less di Dolton, sebuah kawasan pinggir bandar dekat Chicago.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dikatakan berada di tempat duduk belakang kereta, manakala ibu bapanya berada di hadapan.

Namun ketika bersendirian di belakang kanak-kanak lelaki itu menemukan sepucuk pistol yang dipercayai milik bapanya sambil merasakan pistol berkenaan permainan.

Lalu tanpa disedari, si kecil yang tidak mengetahui apa-apa itu lantas memetik picu pistol berkenaan menyebabkan peluru terus mengarah kepada ibunya yang berada di bahagian hadapan.



Sangat mengejutkan tembakan berkenaan tepat terkena pada belakang leher ibunya sebelum bapanya, Romell Watson bergegas ke hospital Chicago untuk rawatan lanjut.

Namun sudah ditakdirkan ajalnya, wanita berusia 22 tahun tidak sempat diselamatkan sebelum disahkan meningal dunia.

Ketua polis tempatan, Robert Collins memaklumkan, bapa kanak-kanak itu ditahan sementara siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada dia memiliki pistol terbabit secara sah atau perlu berdepan pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api.

Inilah dikatakan makan diri.

Mungkin niat si bapa untuk keselamatan keluarga dengan pistol tapi rupanya ia menjadi penyebab kepada kehilangan isteri tercinta. - KitaReporters


13
13
2
7
0

Copy Link: