Video| 3 kali terputus ketika ngaji live program Geng Ngaji! Akhirnya penerbit yang call semula

Published by
KitaReporters


Bagi yang meminati bacaan ayat-ayat suci al-Quran semestinya tidak berganjak di depan kaca TV, setia menunggu program Geng Ngaji di saluran Astro Oasis pada setiap hari bermula 6 petang yang berlangsung sepanjang Ramadan 1442H/2021H ini.

Bagaimanapun baru-baru ini tular dalam media sosial satu sedutan program Geng Ngaji di mana seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Lutfi bersemangat untuk mengalunkan potongan ayat al-Quran dari Surah At-Taubah secara live dengan bimbingan tiga moderator.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mengaji al-Quran



Namun sayangnya panggilannya beberapa kali terputus ketika sedang ‘bersemangat’ mengalunkan ayat-ayat suci berkenaan.

Kegigihannya untuk menghubungi semula program tersebut bagi menyambung bacaan menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini.

Keadaan ini membuatkan kesemua moderator iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Fakhrul Radhi dan juara tilawah antarabangsa Farhatul Farizurrah serta penonton turut teruja dan terhibur.

Lebih menghiburkan apabila Lutfi tidak mahu mengalah dan terus cuba menghubungi bagi meneruskan bacannya.

Namun sayangnya talian tersebut tetap terputus ketika betul-betul pada potongan ayat yang sama sebanyak tiga kali.

Momen itu dikongsi oleh Ustaz Fakrul dalam Instagram miliknya.



“Adik Lutfi ni call tapi tiga kali putus di ayat yang sama… mula-mula ingat dia terletak call ke tapi tiga kali pulak. Adoi maaf la na... haraf adik call lagi… semangat yang macam ni yang kita nak tau, jangan putus asa belajar ngaji,” kongsinya dalam akaun Instagram @fakhrulunic.

Namun selepas beberapa hari, adik Lutfi akhirnya berjaya membuat ‘comeback' dalam program tersebut.

Hebatnya kali ini bukan Lutfi yang yang menghubungi sebaliknya pihak penerbit program Geng Ngaji yang menghubunginya menggunakan panggilan video.

Talian kali ini bukan sekadar lancar, malah adik Lutfi berjaya mengalunkan bacaannya dengan lengkap dan sempurna.

Kehebatan yang ditonjolkan itu menyebabkan semua moderator kagum dengan semangat dan kegigihan adik Lutfi dalam menyempurnakan bacaannya.



Beruntung ibu dan ayah Lutfi ini memiliki anak yang soleh ini yang lancar mengalunkan bacaan ayat-ayat suci. Ramai netizen yang turut berbangga dengan kelancarannya menghafaz al-Quran.

Semoga Lutfi terus mengaji dan menjadi seorang al-hafiz pada masa depan yang menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain. - KitaReporters


6
1
1
0
0

Copy Link: