.

Amanah yang dipertanggungjawabkan bukan satu perkara yang mudah. Namun kerana ia merupakan tuntutan fardu kifayah, maka inisiatif diambil oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM ) seharusnya dipuji.


Pasangan pengantin mualaf disantuni beramai-ramai di atas pelamin dengan pasangan masing-masing.


Terbukti senyuman terukir pada wajah setiap pasangan pengantin khususnya lima pengantin (perempuan) mualaf selepas selamat diijabkabulkan bersama pasangan masing-masing.

Momen istimewa tersebut berlangsung menerusi Program Pernikahan dan Walimatul urus Mualaf Negeri Melaka pada 20 Jun 2026.

Lebih istimewa dan meriah apabila kesemua lima pasangan pengantin diraikan bersama kehadiran keluarga mereka masing-masing.

Kehadiran semua keluarga sama ada yang beragama Islam dan sebaliknya penuh dengan dokongan semangat dan moral di Laman Kaca Tengkera, Melaka.


Keluarga mualaf yang bukan Islam meraikan perkahwinan anak mereka yang telah bersyahadah.

Kesemua pengantin perempuan yang diraikan bermula dengan akad nikah pada sebelah pagi sebelum diteruskan dengan persandingan pada sebelah tengah hari.

Majlis sebegini banyak manfaatnya apabila mereka tidak berasa dipinggirkan, sebaliknya senantiasa mendapat dokongan keluarga besar Islam.

Kehadiran warga MAIM serta saudara Muslim dalam program ini memperlihat betapa perlunya  persaudaraan Islam harus terus dipupuk,


Keluarga mualaf yang belum Islam turut meraikan hari persandingan anak mereka yang telah memeluk Islam.

Lebih menarik lagi apabila pasangan mempelai diraikan dengan paluan kompang dan bersanding di atas pelamin yang dihias indah.

Kesemua pasangan turut menerima sumbangan wang tunai dan sijil serta dorongan semangat agar menjadi insan mulia dan Muslim yang sejati. - KitaReporters


Paluan kompang menyerikan lagi sambutan hari perkahwinan pasangan mualaf di Melaka.

14
14
0
10
0

Copy Link: