Awas orang Pulau Pinang! Jangan buang sampah merata-rata! Boleh kena Perintah Khidmat Masyarakat!
Published byAwas warga Pulau Pinang dan siapa sahaja yang bertandang ke Pulau Pinang! Mulai 1 Julai 2026 tiada lagi kompromi!
Buang sampah di tempat awam, Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) akan bermula.

Pelaksanaan ini melibatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang meliputi kawasan pulau dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang meliputi kawasan Seberang Perai termasuk Butterworth.
PKM bukan saja untuk warga Pulau Pinang dan rakyat Malaysia, tetapi juga untuk semua indiviidu termasuk warga asing.
Bagi sesiapa yang berada di Pulau Pinang, MBPP mengingatkan orang ramai bahawa pelaksanaan PKM bagi kesalahan di bawah Akta atau Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

Membuang, meletak dan meninggalkan sampah di tempat awam dan jalan awam sudah pasti akan dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan oleh mahkamah.
Denda tidak melebihi RM2,000 dan melaksanakan PKM tidak melebihi 12 jam adalah antara tindakan yang boleh dikenakan sekiranya disabitkan kesalahan.
Kegagalan mematuhi perintah mahkamah pula boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.

Sekiranya tidak mahu cuci longkang, sapu sampah dan seumpamanya maka Awas!
Jangan buang sampah merata-rata. Tersilap langkah PKM-lah jadi teman selama 12 jam. - KitaReporters

Banyak kesannya jika sampah dibuang merata-rata.
