Video| Marah, sakit hati! Suami dalam proses bercerai robohkan rumah! Isteri terima lamaran baharu!

Published by
KitaReporters
Hidup berumah tangga banyak cabarannya. Ada yang sanggup hidup bersama sehingga akhir hayat walaupun hidup tidak bahagia.

Sementara ada yang tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan dan meminta untuk berpisah.




Masalah rumah tangga yang sudah berlarutan lama menyebabkan pasangan suami AR, 40, dan isteri RT, 38, memutus untuk bercerai walaupun sudah mempunyai seorang anak.  

Kedua-duanya walaupun masih tinggal serumah namun tidak tidur bersama sejak setahun lalu. Dan proses perceraian masih berlangsung di sebuah mahkamah syariah termasuk proses mediasi.

AR masih mahu berbaik dengan RT. Namun RT secara diam-diam menjalin hubungan dengan lelaki lain sekampung dan merancang untuk berkahwin.

Ia membuat AR sakit hati. Lalu dia mengupah beberapa orang dan mengguna jentolak untuk meroboh rumah milik bersama tetapi berada atas tanah milik RT. 



Walaupun dinasihat oleh orang-orang kampung termasuk ketua kampung agar memberi rumah itu kepada anak tunggal mereka, namun AR tetap dengan keputusannya untuk meruntuhkan rumah berkenaan.

Kejadian di Desa Karangawen, Kecamatan Tambakromo, Pati, Jawa Tengah ini tular setelah dirakam oleh beberapa warga setempat pada Khamis, 9 April 2026 dan dimuat naik dalam beberapa media sosial.

Difahamkan proses perceraian AR dan RT kurang lancar. Ini kerana kedua-duanya bernikah di Sampit, Kalimantan Tengah. Kedua-duanya pernah bekerja di Kalimantan Tengah dan bercinta lalu berkahwin di Sampit.

Setelah beberapa tahun berkahwin, kedua-duanya kembali ke kampung halaman di Pati, Jawa Tengah dan membina rumah atas tanah milik RT.



Setelah tidak tinggal bersama, masing-masing tinggal bersama keluarga masing-masing. Anak tunggal yang sudah berada di sekolah menengah tinggal bersama RT.  

Kejadian meruntuhkan rumah setelah bercerai sudah banyak kali berlaku di Indonesia dan sebahagiannya tular setelah dimuat naik dalam laman sosial. - KitaReporters

13
16
0
8
0

Copy Link: