Sebanyak 10,670 biji kuih keria telah berjaya dihasilkan  pada Festival Sungai Melaka 2026 di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka. Juga dihasilkan ialah replika konda kondi terbesar di Malaysia. Semua ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR)


Kuih keria disediakan selepas diuli sebelum digoreng.

Kuih keria digoreng beramai-ramai bagi melancarkan perjalanan yang direncanakan.


Kuih keria adalah sejenis kuih tradisional di seluruh pelosok negara. Ia diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan digaul bersama tepung keria.

Kuih berbentuk gelang ini digoreng sehingga rangup di luar dan menjadi kuih yang istimewa sejak dahulu lagi.

Kini ia menjadi satu kebanggaan apabila adanya inisiatif agar kuih tradisional ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Most Kuih Keria Produced in One Event'  (Jumlah Kuih Keria Paling Banyak Dihasilkan pada satu Acara) setelah ia melepasi sasaran asal sebanyak 10,000 biji.


Pelbagai golongan masyarakat berganding bahu bagi memastikan proses pengiktirafan MBOR menjadi realiti.

Tugas menggoreng tidak hanya untuk kaum ibu tetapi turut juga dilaksanakan oleh kaum bapa. 

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan bagi penghasilan kuih keria terbanyak pada Festival Sungai Melaka 2026 pada 19 Julai 2026.

Sehubungan itu sebanyak 10,670 biji kuih keria telah berjaya dihasilkan di Dataran Pengkalan Rama Pantai,  Melaka.

Program anjuran bersama PPSPM, kerajaan negeri serta pelbagai agensi memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pengusaha kuih keria sebaliknya kepada generasi muda.

Inisiatif ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dan agensi terlibat memartabatkan kuih tradisional sebagai warisan kulinari yang mempunyai identiti tersendiri.


Pengiktirafan MBOR yang diterima pada Festival Sungai Melaka19 Julai 2026.

Replika konda-kondi terbesar turut mendapat pengiktirafan MBOR menerusi kategori 'Largest Konda-Kondi Replica'.


Sebaik sahaja selesainya proses pengiktirafan oleh MBOR, ribuan kuih keria yang telah siap dimasak itu diagih-agihkan kepada para pengunjung yang hadir.

Selain kuih keria terbanyak, 'Replika Konda Kondi Terbesar ' yang dihasilkan pada festival tersebut turut sama diiktiraf oleh MBOR.

Adalah diyakini pengiktirafan konda-kondi terbesar ini mampu mengembalikan nostalgia silam semasa ia popular dan menjadi salah satu permainan tradisi yang begitu menarik suatu ketika dahulu. - KitaReporters


Replika konda- kondi terbesar yang telah diiktiraf oleh MBOR pada Festival Sungai Melaka 2026.

7
3
0
11
0

Copy Link: