SETIAP ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak dan tidak akan sama kerana hanya ibu bapa yang lebih dekat dan mengenali sikap serta karakter anak-anak itu. Maklamat utama sebagai ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak itu berjaya di dunia dan akhirat. 

Demikianlah cara didikan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz terhadap anak-anak dan cara itu membuatkan ramai netizen mengimbau kembali zaman kecil-kecil mereka dahulu


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Johan Raja Lawak



Dalam video tersebut yang dikongsi dalam media sosial, Instagram mereka sendiri, Johan dilihat begitu garang ketika mengajar anak-anaknya mengaji dan jarang dapat melihat Johan dalam mood sebegitu kerana beliau seorang yang ramah dan pelawak orangnya

Namun bila bab mengajar atau untuk memastikan anak itu dapat belajar, Johan sudah pasti akan tegas agar anak-anaknya boleh berjaya dalam bidang itu. Betapa garangnya Johan sehingga anaknya itu boleh mengalirkan air mata



Tapi kita perlu puji cara Johan kerana biarlah anak itu menangis sekarang supaya bila dia besar nanti, dia boleh ingat dan boleh membantu orang tua mereka pula dan tangisan itu pasti akan jadi kenangan cukup indah buat anaknya itu. 

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan keluarga bahagia ini, boleh tahu cara didikan Johan bersama isterinya, Ozlynn Waty memang antara terbaik dan sangat mementingkan agama dalam didikan harian mereka. 



Buktinya? Boleh dilihat dalam ruangan komen rata-rata netizen setuju dengan cara Johan itu dan secara tidak langsung ia mengingatkan kembali zaman mereka belajar ngaji satu ketika dahulu

Pasti antara kita juga ada pengalaman tersendiri dalam bab ini.  



Tidak ramai ibu bapa zaman sekarang ini ada masa untuk mengajar anak mereka sendiri dek kerana terlalu sibuk dengan hal masing-masing

Dengan perkongsian video ini, moga ibu bapa di luar sana dapat melihat dari sudut positif dan akan cuba mencari masa sekurang-kurang sekejap untuk bersama-sama anak-anak kerana didikan terus daripada ibu bapa tak sama seperti didikan daripada orang lain. - KitaReporters


10
22
0
9
0

Copy Link: