Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


KERAJAAN Negeri Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam Pahang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BKK itu dibayar kepada penjawat awam meliputi semua gred.

"Bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta dan bayaran akan dibuat pada 7 Mei (2021) ini," katanya melalui satu kenyataan media pada Rabu, 28 April 2021.


Lagi cerita-cerita gembira berkaitan bantuan raya



Wan Rosdy berkata, pemberian sagu hati kerajaan negeri itu turut dinikmati penjawat awam Persekutuan bergred Jusa C ke atas yang berkhidmat di negeri ini.

"Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini (Rabu, 28 April 2021) dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri.

"Keputusan ini juga sebagai bukti sikap peduli kerajaan negeri Pahang terhadap seluruh rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, wang pemberian itu diharap dapat digunakan sebaiknya.

Wan Rosdy turut menyarankan agar badan-badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar turut menghulurkan pemberian sama kepada pegawai dan kakitangan masing-masing

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Sarawak turut mengumumkan bantuan raya ini kepada kakitangan awam peringkat negeri masing-masing.

Pada 22 April 2021, Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 buat pesara kerajaan. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: