Awak bahagia? Minat berkayuh? 10 bandar paling bahagia di Malaysia! Kayuhan Kulim Kedah Silver Ride!
Published bySejumlah 10 bandar telah berjaya mendapat anugerah paling bahagia sempena sambutan Hari Kebahagiaan Antarabangsa (International Day of Happyness) peringkat kebangsaan tahun 2026.

Sambutan Hari Kebahagiaan Antarabangsa yang diraikan pada 20 Mac setiap tahun bertujuan untuk mengiktiraf hubung kait antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan penduduk sejagat.
Anugerah yang telah diadakan di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 7 April 2026 telah menyenaraikan
- Bandar Dabong, Kelantan;
- Bandar Kluang, Johor;
- Bandar Raya Kuala Terengganu;
- Bandar Lipis, Pahang;
- Bandar Marang, Terengganu;
- Bandar Mersing, Johor;
- Bandar Permaisuri, Terengganu;
- Bandar Ranau, Sabah;
- Bandar Raub, Pahang; dan
- Bandar Simpang Renggam, Johor.
Tahniah turut diucapkan kepada semua pihak berkuasa tempatan yang telah berjaya menggondol Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026 disamping komitmen yang bersungguh-sungguh bagi merealisasikan kemenangan tersebut.


Sementara itu, ayuh sertai kayuhan basikal paling dinanti-nantikan di Kulim, Kedah pada 25 April 2026 mulai 7.30 pagi.
Kayuhan Kulim Kedah Silver Ride 2026 sempena sambutan Jubli Perak ke-25 Majlis Perbandaran Kulim (MPK) bakal menghimpunkan komuniti basikal dari seluruh negara dengan kayuhan sejauh 88 kilometer.

Rasakan pengalaman kayuhan dengan penuh cabaran dan semangat kesukanan bertempat di Dataran Putra, Kulim kali ini.
Ayuh daftar segera sebelum 12 April 2026 kerana tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
Peluang ini juga memberi ruang untuk mencuba kamampuan tersendiri dengan menikmati kayuhan terbaik sepanjang 88 kilometer di Kulim. - KitaReporters


