Syabas dan tahniah kepada Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang (IKUT) yang serius dan bersungguh-sungguh dalam usaha menarik seramai mungkin masyarakat bukan Islam khususnya komuniti Cina untuk bersyahadah memeluk Islam.


Kuliah jalanan (dalam dialek Hokkien) yang kerap diadakan terbukti ramai disertai lelaki dan perempuan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam.

'Real Dakwah' (dakwah Sebenar) yang diperkenal oleh IKUT melalui kuliah jalanan atau dakwah jalanan menggunakan bahasa Cina dialek Hokkien kerap diadakan di sebelah pulau dan juga Seberang Perai.

Penaungnya, Zolkifly Md Lazim bersama kumpulannya melaksanakan pelbagai daya usaha dengan objektif utama meramaikan bukan Islam memeluk Islam.

Terkini pada 7 Mei 2026 dengan menunggang motosikal besar, Ang Liang Kiah telah sampai ke Masjid Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah sebelum masuknya waktu solat Jumaat.

Beliau yang begitu lama mengintai peluang untuk memeluk Islam kini berasa lega setelah berjaya mengucap dua kalimah syahadah semasa berada di Masjid Permatang Pauh.

Dengan disaksikan oleh Zolkifly dan Timbalan Pengerusi kariah, Mohd Shah Farhin serta teman-teman dari komuniti Cina dan para jemaah, Ang Liang Kiah dengan begitu mudah melafazkan syahadah.

Malah seawal Januari 2026 sehingga  Mei 2026 puluhan kaum Cina dan India telah berjaya dipermudah urusan mereka untuk memeluk agama Islam. 


Ang Liang Kiah yang mendapat hidayah menaiki motosikal besar dan sedia menanti di Masjid Permatang Pauh semata-mata untuk mengucap syahadah.

Zolkifly Md Lazim (kiri sekali) sedang mensyahadahkan Ang Liang Kiah sebelum solat Jumaat di Masjid Permatang Pauh.

Menurut Zolkifly telah menjadi rutin selepas kuliah dalam bahasa Cina selesai, semua mualaf yang baharu memeluk Islam akan keluar mencari kawan dan teman untuk diajar dan diajak untuk memeluk Islam.

Secara realitinya selepas kuliah jalanan (Hokkien) maka sudah pasti ia mendapat sambutan dengan penyertaan ramai masyarakat Cina yang ingin tahu mengenai Islam.

Siang dan malam tidak lagi menjadi halangan.

Yang pasti sememangnya ada yang sedang menanti untuk bersyahadah setelah memahami mengenai Islam melalui kuliah dan informasi yang disebarkan saban waktu. - KitaReporters


Hujan yang kerap turun ketika ini tidak menghalang penyertaan ramai komuniti Cina di Pulau Pinang menghadiri kuliah jalanan yang diadakan oleh IKUT.

Kain dan sarung sudah mulai menjadi pakaian setiap kali hadiri kuliah di masjid.

13
10
0
13
0

Copy Link: