Derma darah! Pusat Darah Negara, Surau Al-Falah Danau Kota anjur derma darah! Setiap titik berharga!
Published byMENDERMA pada bulan Ramadan adalah amalan mulia. Ganjarannya juga berganda.
Tambahan lagi yang didermakan ialah darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Satu beg darah mempu selamatkan tiga nyawa.

Antara penderma darah pada program kempen derma darah Surau Al-Falah dan Pusat Darah Negara.
Menyahut seruan ini, Pusat Darah Negara (PDN) Kuala Lumpur dengan kerjasama Surau Al-Falah di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur mengadakan kempen derma darah dalam kalangan orang ramai dan jemaah surau.
Program tersebut diadakan di Surau Al-Falah pada Jumaat 13 Mac 2026 lalu mulai pukul 6 petang hingga 11 malam bertempat di ruang legar surau.
Program berhenti rehat pukul 7.20 sehingga 8 malam untuk memberi ruang kepada jemaah berbuka puasa dan solat maghrib. Program disambung sehingga pukul 11 malam.

Kempen derma darah anjuran Surau Al-Falah, Danau Kota bersama Pusat Darah Negara pada 13 Mac 2026 bertempat di Surau Al-Falah.

Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. Dermalah darah untuk Pusat Darah Negara bagi diguna pada waktu diperlukan.
Seramai 13 orang petugas Pusat Darah Negara turun padang untuk menjalankan program tersebut, dengan diketuai Cik Hidayah.
Walaupun pada hari tersebut hujan, sambutan di kalangan orang ramai dan jemaah begitu menggalakkan. Seramai 30 orang menderma darah, satu angka yang dianggap besar.
Inilah adalah kali pertama kempen derma darah diadakan di Surau Al-Falah. Kerana itu sambutan hangat yang diberikan menyerlahkan samangat penduduk setempat dan jemaah yang ingin membantu mengisi tabung darah negara.

Bagus! Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah, Abdullah Othman (dua dari kiri) dan staf Pusat Darah Negara menunjukkan tanda bagus atas kelancaran program kempen dermah darah di surau tersebut.

Pengerusi Surau Al-Falah, Puzi Ahmad berbincang dengan staf Pusat Darah Negara pada program kempen derma darah di surau tersebut.
Keperluan kepada darah memang tinggi, tambahan pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Ini ekoran bertambahnya kemalangan pada musim perayaan lantaran ramai yang melakukan perjalanan sama ada melalui lebuh raya atau jalan Persekutuan.
Oleh itu dinasihatkan kepada orang ramai yang ingin balik kampung merayakan Aididlfitri agar sentiasa berhati-hati dalam perjalanan serta mematuhi peraturan jalan raya. Sentiasa bersabar dan bertimbang rasa di jalan raya.

Dua jemaah Surau Al-Falah tidak mahu ketinggalan menyertai kempen derma darah di surau tersebut.

Dua penderma ini bangga kerana dapat menyertai kempen derma darah di Surau Al-Falah, Danau Kota.
Usaha pihak Surau Al-Falah dan Pusat Darah Negara mengadakan program derma darah wajar dipuji kerana ia menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk menderma.
Diharap
usaha ini akan dapat membantu pusat darah untuk mengumpul sebanyak mungkin darah
untuk digunakan sewaktu kecemasan khususnya.
Pihak surau dan pusat darah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada orang ramai yang sudi menderma. Sesungguhnya walau setitik darah pun ia amat bermakna kepada yang memerlukan. - KitaReporters

