Video| Amboi dik! Anak kecil goyang penuh khusyuk! Comelnya!

Published by
KitaReporters

TULAR dalam media sosial di negara jiran, Indonesia satu klip video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menggoyangkan badannya mengikut alunan selawat dengan penuh perasaan. Lengkap bersongkok, kanak-kanak berkenaan tidak mempedulikan rakan-rakan sebaya di sekelilingnya dan terus ‘hanyut’ mengikut alunan muzik yang berkumandang. : KitaReporters


Lengkap bersongkok, aksi anak kecil ini menghiburkan hati netizen.


Lagi kisah-kisah lucu:

https://kitareporters.com/search?search=lucu


Aksinya yang bersahaja itu bukan sahaja menarik perhatian rakan-rakannya, namun juga netizen yang menonton video berkenaan.

Walaupun menyedari rakan-rakan di sekelilingnya mulai ketawa, namun dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa malu malah meneruskan aksinya yang comel dan mencuit hati itu.



Anak kecil ini terus menari tanpa mempedulikan rakan-rakan di sekelilingnya.


Aksinya yang lucu turut menjadi ‘content’ sama ada dalam YouTube atau Instagram. Rata-rata netizen melahirkan rasa terima kasih kerana menghiburkan hari mereka.

“Seandainya hidup kita kita seenjoy ini ya,” tulis salah seorang netizen dalam ruangan komen Instagram Makassar_iinfo.


Terima kasih adik kecil kerana menghiburkan kami dengan aksi yang penuh keyakinan itu. Semoga besar nanti menjadi anak yang soleh dan sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. - KitaReporters


Kredit video: IG Makassar_iinfo

0
0
0
1
0

Copy Link: