Video| Terbaiklah amoi! Tukang tatu bukan Islam lebih faham hukum? Tolak pelanggan Islam cacah tatu!

Published by
KitaReporters

Isu tatu dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam, bukanlah perkara baharu. 

Malah sebelum ini, pernah tular kisah seorang influencer Muslim yang sanggup mencacah tatu pada tubuhnya atas alasan kemurungan, sehingga mencetuskan polemik tentang hukum dan batas agama.



Namun kali ini, tular pula sebuah kisah yang membawa perspektif berbeza apabila seorang tukang tatu bukan beragama Islam menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tegas, tidak membenarkan pelanggan Muslim membuat tatu, walaupun ia memberi keuntungan kepadanya.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @leishiadelaide, yang memaparkan situasi pelanggan beragama Islam yang menyatakan hasrat ingin membuat tatu tetapi terpaksa membatalkannya kerana kekangan hukum.



Menerusi kapsyen video itu, ayat “Aku nak buat jugak tapi tak boleh” sebenarnya menggambarkan perasaan pelanggan Muslim tersebut yang mahu mencacah tatu.

Video tersebut pantas meraih perhatian ramai dengan hampir satu juta tontonan, ratusan ribu tanda suka serta ribuan interaksi, sekali gus membuka ruang perbincangan dalam kalangan netizen mengenai sensitiviti agama dalam dunia perniagaan.

Lebih mencuri tumpuan apabila Mydin Malaysia turut meninggalkan komen berbunyi: “Awak pun tahu, terima kasih sebab memahami. Jaga diri ya!”  seolah-olah memuji dan menghargai sikap tukang tatu tersebut.



Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa terharu dan kagum terhadap prinsip yang ditunjukkan oleh individu bukan Islam itu.

Seorang netizen mendoakan agar perniagaannya terus maju sambil menzahirkan penghargaan: “I pray that your business akan lebih maju. Thank you.”

Komen-komen lain pula lebih menyentuh emosi, antaranya: “Nak untung tapi tak boleh. Awak, terharunya,” serta “Malunya aku sebagai Muslim. Terima kasih amoi sebab awak lebih prihatin,” antara komen-komen netizen.



Dalam mengejar keuntungan, masih ada individu yang meletakkan nilai hormat terhadap kepercayaan orang lain sebagai keutamaan. 

Lebih menarik, ia turut menjadi cerminan bahawa kesedaran tentang hukum agama bukan sahaja difahami penganutnya, malah dihormati mereka yang berlainan kepercayaan, satu nilai yang wajar dipelihara dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

Syabas semua! - KitaReporters



14
14
0
10
0

Copy Link: