Tak malu cari rezeki! Perempuan 15 tahun kutip, jual botol plastik! Tampung biayai keluarga, sekolah!
Published by
Benyapha berdepan kehidupan sukar apabila bapanya selaku pencari rezeki terlantar sejak 16 tahun lalu akibat kemalangan serius ketika dia masih dalam perut ibunya.
Lalu ibunya menjadi satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga dengan bekerja sebagai pencuci rumah harian dan memperoleh sekitar 380 baht (kira-kira RM46) sehari.
Mereka hidup bersama sebagai satu kelurga dengan menyewa sebuah bilik.

Kegiatan seharian Benyapha dimuat naik ke dalam Facebook We Love Isan untuk mendapat sumbangan orang ramai
Benyapha enggan membiar ibunya mencari nafkah sendirian.
Selepas pulang dari sekolah, Benyapha akan membantu menguruskan bapanya seperti menukar lampin dan membersihkan beg urin sebelum keluar mengutip botol-botol plastik di tong sampah serta tepi jalan untuk dijual sebagai bahan kitar semula.
Walaupun menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekolah, namun remaja ini tetap cekal dan tidak berasa malu dengan usahanya walaupun hasilnya kurang daripada 100 baht (RM12) seminggu.

Di sebalik kesukaran hidup, Benyapha masih cemerlang dalam pelajaran. Dia berada di tempat ketiga dalam kelas dengan purata nilai gred (GPA) 3.75. Bagaimanapun keluarganya tidak mampu menampung yuran persekolahan apabila dia masuk ke tingkatan empat.
Kisah yang menyentuh hati ini mendorong sebuah laman Facebook tempatan We Love Isan melancarkan kutipan dana bagi membantu meringankan beban keluarga remaja tersebut.
Usaha kutipan tersebut telah berjaya mengumpulkan 1.1 juta baht (sekitar RM136,000) dalam tempoh beberapa hari sebelum akaun tersebut ditutup. - KitaReporters


