Video| Makin kalut! Janna Nick berang! Tuduh Syamsul Yusof munafik! Sebab tuduh Puteri Sarah derhaka!

Published by
KitaReporters


PELAKON Janna Nick, 27, berang dan menempelak tindakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang berkahwin buat kali kedua dengan Ira Kazar tanpa pengetahuan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Janna menganggap perbuatan Syamsul sebagai munafik dan telah menganiaya rakan baiknya itu serta kedua-dua anak mereka yang masih kecil.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Janna Nick


"Kalau dah tak cinta lepaskan, bukan gantung tak bertali!" kata Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner. 

Menerusi hantaran yang dikongsi dalam Instagram Story (IGs), Janna meluahkan emosi geramnya dipercayai dituju kepada pengarah kontroversi itu biarpun tiada nama disebut.




"Berhenti bermanipulasi. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali.

"Jangan jadi munafik. Maaf, saya tak boleh," tulisnya. 

Janna turut berkongsi kepayahan dilalui Puteri Sarah dalam mengurus anak-anak tanpa suami sejak beberapa bulan lalu.

"Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital, bapa dia mana? Lepas tangan. Bini (isteri) itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak. 

"Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segala-galanya?" katanya. 



Janna menegaskan, dia nekad bersuara apabila rakannya dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah seperti disuarakan olh Syamsul.

"Saya tidak akan masuk campur kalau kamu diam. Sudah kahwin, cukup. Jangan cakap dia (Puteri Sarah) derhaka. Saya marah bila dia kata bini (isteri) dia tak balik rumah.

"Kepada semua lelaki di muka bumi ini, jangan aniaya isteri. Paling teruk bila guna agama untuk tutup kesalahan.

"Maaf saya tak boleh dengan lelaki seperti ini. Sumpah saya tidak boleh. Bagilah duit RM100 juta sekali pun, saya tetap tak mahu," tulisnya.


Pada Jumaat, 6 Januari 2023, Syamsul meleraikan spekulasi apabila memuat naik video dalam Instagramnya yang mengesahkan dia sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

Akad nikah berwalikan bapa Ira, pelakon veteran, Kazaruddin Saisi. - KitaReporters

14
8
0
13
0

Copy Link: